xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Friday, August 7, 2009

Inkubator For Sale

Hari ni (7/8/09) hingga 13/7/09 cuti khas(selsema babi)-student ramai yang demam. Untuk tak boring nak buat inkubator walaupun dalam stok ada 4 buah. Dah order plywood yg siap dipotong mengikut saiz yg diperlukan. InsyaAllah hari ni siap, janji Ali- Eng Joo(cina pandai cakap melayu).

Yg boring bila keluar kena pakai topeng. Kesan SELSEMA BABI ni, harga topeng melambung naik.

Hari ni nak follow up permohonan reban ayam, biasalah kalau tak buat heboh-heboh nanti fail paling bawah sekali.

Tentang sale inkubator, dah jual 22 buah. Ada sale pada 5/7- Jamal dari Jementah, Johor & 6/7- Hasnol dari Masjid Tanah, Melaka. Semenjak iklan dalam mudah.my, bakal customer(yg talipon) ramai. Jadi kenalah stok plywood dan thermostat dll. Buat masa ni jual face to face dgn customer yg datang ambil sendiri.Nak hantar atau pos, tak buat lagi. Face to face, dapat kenal & boleh exchange maklumat. Kadang-kadang(P.RAMLEE), dtg nak beli inkubator-balik bawa inkubator dan anak ayam. Buat masa ni anak ayam, stok untuk En. Yusof dari Tangkak, Johor-dah janji.

Menepati Janji, Ibadat. Mungkir Janji , Khianat.
ALLAH HU AKBAR

No comments:

Post a Comment