xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Thursday, October 28, 2010

INFO PERMOHONAN REBAN

Atas pertanyaan rakan ternak. Ni dia surat permohonan yg dihantar. selain tu ada gambar reban dan ayam utk support permohonan.

Razali Bin Ali
JA 6110 KM 13
Jalan Bukit Tembakau
Umbai                                                                  Tel : 012-2512827
77300 Melaka                                                              

29 Jun 2009

Tuan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Merlimau
Melaka

Tuan

MEMOHON BANTUAN REBAN AYAM DAN YANG BERKAITAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan, saya telah menjalankan penternakan ayam kampong semenjak              
tahun 1997. Sehingga kini penternakan  ini di jalankan secara persendirian dengan modal yang kecil tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Bantuan dari pihak tuan sangat saya harapkan supaya penternakan ini lebih sistematik dan mendapat  kejayaan. Reban yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah ayam kampong terutama ayam yang dewasa dan anak ayam yang berusia 2 bulan.

4.     Saya menggunakan alat penetas telur yang dibina sendiri. Jumlah alat yang digunakan ialah sebanyak 4 buah. Setiap alat ini berkapasiti 70 hingga 80 biji telur ayam.

5.     Reban pula dibina berasingan. Anak ayam antara 1 hingga 3 minggu dikurung didalam reban (ibu tiruan) yang kecil menggunakan kuasa lampu sebagi sumber haba. Selepas 3 minggu ia dimasukkan ke dalam reban yang lebih besar sehingga ia berusia 6 minggu.Selepas 6 minggu anak ayam ini dilepaskan. Waktu ini persaingan antara ayam yang lebih dewasa ujud terutama ruang reban.

6.     Besar harapan saya agar permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya yang sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(Razali bin Ali)

s.k.          JKKK Bukit Tembakau.         (Tanda tangan serta sokongan JKKK diperlukan)

Monday, October 25, 2010

RUMAH AYAM 28' X 28'





Reban dah siap.  1 ekor jantan bersama 10 betina dalam bilik bersaiz  7'x9'. semuanya ada 8 bilik. Ayam yg lain di kurungan 10' x  24'.InsyaAllah, investment akan mendatangkan hasil.

Kos reban yg ditanggung sendiri (upah dan bahan binaan tambahan) RM6200. Anggaran bantuan dari JPV ialah RM 7100. So reban ni RM 13300.

Anggaran kos termasuk bahan
                                   i)Dawai chain link GWG 13  2"x2" x6' (11 gulung) 
                                  ii) Std Gal wire ( 25 kg)
                                 iii) Tiang Angle Iron 2"x 2" x 2.5 mm - 7 kaki ( 30 btg)
                                 iv) China Cutter Pin ( 2 kotak)
                                                                                                            
 Bahan diatas tak digunakan sbb kawasan dah sedia berpagar.                                 
                                     
                                       

Thursday, October 14, 2010

PROSES PEMBINAAN REBAN

Kamal dan Zul (member sekampung) yang buat reban ni. Gambar-gambar proses pembinaan akan dimasukkan

 11 Okt  :-    Gali tanah dan  buat tapak.
 12 Okt   -    Ikat batu blog 2 baris. 8 kampit simen digunakan.



13 Okt  -  Buat kayu alas atas batu blok dan tiang.  
                Potong tiang kayu (3" x3")- 20 batang untuk fit BRC 6' x 10'

14 Okt  -  Tiang dan kayu alas dipasang.


16 Okt -  BRC dah dipasang. Selepas ni nak naik bumbung 
                dan pasang pintu

Friday, October 8, 2010

DESIGN REBAN DITERIMA

Hari Rabu(6/10) ambil design reban JPV- tak puas hati dengan design tu. So bincanglah dengan mereka design yg ingin dibuat. Yg syoknya design saya diterima coz hampir semua bahan yg dibekalkan akan digunakan. Esok tukang akan datang dan akan order barang tambahan.

Gambar perkembangan reban tu later in new post.


Ini floor plan reban. Member tengah siapkan plannya 3D. JPV mungkin nak gunakan untuk E-Kasih. InsyaAllah, inkubator saya akan digunakan oleh member-member E-Kasih.

Reban yg terbaru fully covered dengan BRC dan berbumbung.Akan ditempatkan dalam each room(7'x9') 1jantan dan 8 betina. So 8 bilik ( 8 betina - 50 biji telur sehari yg boleh dieramkan). Anak ayam dalam room 4' x 10'. Kawasan 10' x 24' untuk ayam pelbagai saiz.Semua except anak ayam akan dikeluarkan early evening selepas telur dikutip.

Tinggi reban ni 11 kaki  sbb tiang (3''x3'') 10 kaki yg duduk atas dua batu blog 1 kaki. Bumbung V shape (x tau term yg tepat) 

Bila dah siap nanti termenunglah sang monyet untuk cari idea baru nak kidnap telur dan telur yg dieramkan konfiden baik.

 MEMBER BLOG. ADA ADVICE OR KOMEN?

Monday, October 4, 2010

Bentuk Reban Jabatan Veterinar

Pagi tadi call Jab Vet, Merlimau, inform tentang barang binaan yg dah diterima. Nasib baik tak terus confirm dengan tukang sebab reban mesti ikut spec Jabatan berkenaan.Bentuk reban tak tau lagi coz  member vet tu meeting, tinggal seorang yg jaga office. Dia tak tau tentang bentuk reban tu.

Tinggal angan-angan je design reban yg dibuat. Ikut design sendiri ada 8 room (7'x9') untuk 1 jantan 8 betina each room., 1 room(4'x10') untuk anak ayam dan dining hall(10'x28') untuk ayam dewasa yg nak di jual. Design tu dibuat sbb nak dapatkan telur yg fertile dan telur tak kena kidnap oleh sang monyet.

Esok nak follow up tentang reban dan nak discuss tentang bentuk reban tu. Hari ini busy sapu minyak hitam dan susun bahan binaan tu dalam kandang lembu yg tak berpenghuni. Kalau expose pada hujan dan panas gerenti rosak dan jadi santapan anai-anai.

Sunday, October 3, 2010

Barang Binaan Dah Sampai


Lama dah tak aktifkan blog ni. Lately sibuk- anak periksa UPSR dan seorang lagi PMR minggu depan.Tambahan dengan tugasan di tempat kerja.

Pada Jun 2009  membuat permohonan untuk bantuan reban ayam. Alhamdulillah, permohanan berjaya.Bahan binaan dah sampai.  Ni tengah survey tukang di kampung untuk buatkan reban berkenaan.

Pelan dah lukis tapi nak masukkan dalam blog ni, tak tau caranya - I need your(rakan blogger) help.

Reban tu ialah 28' x 28' dan tertutup. Ni utk selamatkan telur dari sang monyet. Ayam hanya dilepaskan pada waktu petang selepas telur dikutip.