xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Tuesday, September 27, 2011

Egg Turning

Dulu egg turning  2 kali sehari, now 3 kali sehari selepas dapat feedback dari beberapa customer. Resultnya better. 

Ada seorang customer atas advice rakan yg rajin membaca dan yg dah hadir kursus, tak buat egg turning 5 hari pertama dan 3 hari terakhir. Resultnya mengecewakan. Frust betul dia. Now dia buat 3 kali sehari. InsyaAllah 3 minggu lagi dapat feedback.

Sunday, September 11, 2011

PINDAH MILIK

9 induk ( 1 jantan dan 8 betina ) jual kepada Zali Agro Farm. Harga special. Sekarang reban agak sunyi. Yang bising-bising anak ayam. InsyaAllah bila anak ayam dah besar tak can rumput tumbuh. Ayam ni bila nak let go timbang kilo.

Ayam Siam Ori ( member punya ) induk ada 4 ( 1 jantan 3 betina ), anak lak 18 ekor pelbagai size. Ni pula jual sekor sekor. Marketing Officer ayam siam ni Kapten (B) Tahir sbb dia punya ayam

Tuesday, September 6, 2011

TAK SANGKA

Ayam tua habis dijual. Tak sangka permintaan ayam tua best sekali hari raya lepas. Yang tinggal ibu ( 14 ekor ) jantan 2 ekor. Anak-anak ayam sebagai back up OK .

Yg ibu nak beri rakan ternak 8 ekor. Member ni ayam dia stok dah sikit sebab masalah sakit. InsyaAllah bila anak ayam dah besar baru boleh iklan untuk jualan.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, July 30, 2011

SELAMAT BERPUASA

Beza rakan ternak dengan ternak OTAK + AKAL, HAIWAN OTAK JE. Tak puasa kalu samalah manusia dengan haiwan. Macam ceramah ustaz sbb dah kerja di SABK

Lama tak menulis coz busy dengan tugas baru di tempat baru. Sekarang dah jadi GKMP (Cikgu + Cikgi mesti tau maksudnya.) Sekolahnya lak SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Tambahan murid semua pompuan yg cun cun. Byk senang kerja tapi kena meeting selalu.

Ayam menopause nak lelong RM10 sekor. Ada +-30 ekor.  Nak breed ayam kampung yg segar bugar lepas raya nanti.  Juga nak breed ayam siam ori (member tumpang reban)


Friday, May 20, 2011

SIREH SEBAGAI PENAWAR

Blog Banen  Aku Penjual Ayam (21/3/11) hal "sireh hutan". Lepas baca entri why not cuba sireh yang ada dikeliling kita. Saya letakkan sehelai sireh dalam brooder, resultnya ayam segar.Agaknya coz of aroma sireh. Jangan letak banyak takut nanti lain pula kesannya.

So now saya beri minum air sireh( every 4 lire air ramaskan sehelai je) every 3 week.

Terbaru ada sekor ayam jantan siam (ori) yang kawan tumpang ( 1 jantan 3 betina), kakinya lemah. Jadi suapkan sireh muda. Alhamdulillah dah mula kuat. Dah mula naik tempat tidur asal.

Ada member kata dah keluar TV, sireh can cure cancer and bersihkan toxic badan.Channel mana dia tengok tak tanya lak.

Wednesday, April 27, 2011

SERUPA TAPI TAK SAMA

Ahad(24/4), Encik Rahim all the way from KL datang untuk nak ambil daun dan pokok hempedu ular. Nak buat ubat. So besarlah harapan saya. Dia ada bawa risalah tentang pokok yg digunakan untuk mengubati cancer. Wife yg kena cancer ada bersama.Gambar yg ada dlm risalah tu hampir serupa.

Yg tak syok depends on stage cancer tu kena guna 30-200 leaves every day. Ambil 1 dah pahit . Kalau 30 tak boleh nak imagine pahitnya.  Discuss dengan dia to confirm pokok ni. Sebagai suami yg penuh tanggung jawab, bawa pokok dan daun ke FRIM. Resultnya bukan daun/pokok yg dicari.

Daun/Pokok yg dicari ialah SABAH SNAKE GRASS @ BELALAI GAJAH. Nama saintifiknya Clinathanus Nutans

Rakan ternak yg ada info tentang pokok ni boleh msj kat saya atau En. Rahim 013-3646360. Sama-sama kita bantu sebangsa yg dalam keadaan desperate. Yg kagum, air mukanya tenang je tapi hati Tuhan sahaja yg tahu.

Sunday, April 3, 2011

REBAN YANG SUNYI

Ayam ada 53 ekor je. Terasa sunyi reban. Ni lah kesan sampar ayam yang melanda kawasan berhampiran. Ayam dijual kepada rakan-rakan yang kena. Serba salah dibuatnya, jual jugalah sbb kalah dengan pujuk rayu mereka. Semalam jual 4 ekor induk ( 1 jantan 3 betina ).

Anak ayam permintaan tinggi- dah ada waiting list. Problemnya anak ayam tak menjadi -banyak yang mati.
Mungkin kesan sampar atau cuaca,   Dedak anak ayam jadi habuan ayam dewasa.

Sunday, January 23, 2011

AYAM MAKAN TELUR

Problem ni nak tanya geng ternak petua nak stop ayam makan telur. 

AYAM BETINA YG MAKAN TELURNYA SENDIRI.( Sori le dalam tulisan awal lupa nakberitahu)

1 Jantan dan 1 betina ayam siam ori (ikut kata tuannya) tumpang kat reban HOME. Masalah yg sama masa di tempat lama. Ingat tempat baru boleh baik. Kalau ayam saya senang je ubatnya- guna pisau tajam je. Tuannya sangat sayang kat ayam ni sebab katanya baka baik.

Member-member kalau ada cara mengatasi dialu-alukan.

Saturday, January 15, 2011

SANGAT SIBUK / VAKSIN ND

Awal tahun ni biasalah sibuk bila sekolah baru buka. Meeting tak habis-habis. Kemudian kena prepare macam-macam. tulah nasib cikgu. Ni bukan mengeluh sbb takut nanti tak berkat dunia akhirat.

Tambahan pula tahun ni kedua-dua anak tinggal di asrama. Yg eldest MRSM Alor Gajah- Form 4. Adik pula baru masuk SM Sains Muzaffar Syah, Air Keroh.- Form 1. Urusan si adik ni yg banyak. So weekend layan both of them.


Tempahan inkubator lak tertangguh. Ada 6 order yg masih tak siap. So sorrylah member yg dah tempah inkubator tu.

Amalan beri vaksin ND setiap bulan adalah langkah yang wajib area sini. Lagi pun kosnya tak tinggi. Air yg digunakan tanpa klorin so guna air hujan je. Air pula ais water so buat air ais dari water filter di rumah.

Reban sekarang ada penghuni baru. Member tumpang ayam siam kaw kaw. 1 jantan 3 betina. InsyaAllah akan breed ayam siam ori dan kacuk . Gambar tiada sbb ayam masih dalam proses adaptasi tempat baru.