xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Monday, December 6, 2010

Brooder Terbaru

Salah satu  alasan lama tak update sebab buat 2 brooder baru (2 tingkat). Yg syok, anak ayam dah mula banyak. Agaknya ratio 1 jantan: 9 betina menjadi. Banyak yang dah jual.

Sibuk sebab urusan anak. Anak yg bongsu pula Alhamdulillah 5A UPSR. Pada 27/11 dah pergi temuduga kat Mozac (SMS Air Keroh, Melaka). Dtg +-200, nak ambil 25 je. InsyaAllah ada rezeki dapat. Masalah sekarang semua main cable. Ni yg tak syok.

Alhamdulillah tempahan & jualan inkubator masih on. Yg best semua customer lama yg nak additional unit. Ini satu kepuasan yg tak terkata bila dapat tempahan sedemikian.

Thursday, October 28, 2010

INFO PERMOHONAN REBAN

Atas pertanyaan rakan ternak. Ni dia surat permohonan yg dihantar. selain tu ada gambar reban dan ayam utk support permohonan.

Razali Bin Ali
JA 6110 KM 13
Jalan Bukit Tembakau
Umbai                                                                  Tel : 012-2512827
77300 Melaka                                                              

29 Jun 2009

Tuan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Merlimau
Melaka

Tuan

MEMOHON BANTUAN REBAN AYAM DAN YANG BERKAITAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan, saya telah menjalankan penternakan ayam kampong semenjak              
tahun 1997. Sehingga kini penternakan  ini di jalankan secara persendirian dengan modal yang kecil tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Bantuan dari pihak tuan sangat saya harapkan supaya penternakan ini lebih sistematik dan mendapat  kejayaan. Reban yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah ayam kampong terutama ayam yang dewasa dan anak ayam yang berusia 2 bulan.

4.     Saya menggunakan alat penetas telur yang dibina sendiri. Jumlah alat yang digunakan ialah sebanyak 4 buah. Setiap alat ini berkapasiti 70 hingga 80 biji telur ayam.

5.     Reban pula dibina berasingan. Anak ayam antara 1 hingga 3 minggu dikurung didalam reban (ibu tiruan) yang kecil menggunakan kuasa lampu sebagi sumber haba. Selepas 3 minggu ia dimasukkan ke dalam reban yang lebih besar sehingga ia berusia 6 minggu.Selepas 6 minggu anak ayam ini dilepaskan. Waktu ini persaingan antara ayam yang lebih dewasa ujud terutama ruang reban.

6.     Besar harapan saya agar permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya yang sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(Razali bin Ali)

s.k.          JKKK Bukit Tembakau.         (Tanda tangan serta sokongan JKKK diperlukan)

Monday, October 25, 2010

RUMAH AYAM 28' X 28'





Reban dah siap.  1 ekor jantan bersama 10 betina dalam bilik bersaiz  7'x9'. semuanya ada 8 bilik. Ayam yg lain di kurungan 10' x  24'.InsyaAllah, investment akan mendatangkan hasil.

Kos reban yg ditanggung sendiri (upah dan bahan binaan tambahan) RM6200. Anggaran bantuan dari JPV ialah RM 7100. So reban ni RM 13300.

Anggaran kos termasuk bahan
                                   i)Dawai chain link GWG 13  2"x2" x6' (11 gulung) 
                                  ii) Std Gal wire ( 25 kg)
                                 iii) Tiang Angle Iron 2"x 2" x 2.5 mm - 7 kaki ( 30 btg)
                                 iv) China Cutter Pin ( 2 kotak)
                                                                                                            
 Bahan diatas tak digunakan sbb kawasan dah sedia berpagar.                                 
                                     
                                       

Thursday, October 14, 2010

PROSES PEMBINAAN REBAN

Kamal dan Zul (member sekampung) yang buat reban ni. Gambar-gambar proses pembinaan akan dimasukkan

 11 Okt  :-    Gali tanah dan  buat tapak.
 12 Okt   -    Ikat batu blog 2 baris. 8 kampit simen digunakan.



13 Okt  -  Buat kayu alas atas batu blok dan tiang.  
                Potong tiang kayu (3" x3")- 20 batang untuk fit BRC 6' x 10'

14 Okt  -  Tiang dan kayu alas dipasang.


16 Okt -  BRC dah dipasang. Selepas ni nak naik bumbung 
                dan pasang pintu

Friday, October 8, 2010

DESIGN REBAN DITERIMA

Hari Rabu(6/10) ambil design reban JPV- tak puas hati dengan design tu. So bincanglah dengan mereka design yg ingin dibuat. Yg syoknya design saya diterima coz hampir semua bahan yg dibekalkan akan digunakan. Esok tukang akan datang dan akan order barang tambahan.

Gambar perkembangan reban tu later in new post.


Ini floor plan reban. Member tengah siapkan plannya 3D. JPV mungkin nak gunakan untuk E-Kasih. InsyaAllah, inkubator saya akan digunakan oleh member-member E-Kasih.

Reban yg terbaru fully covered dengan BRC dan berbumbung.Akan ditempatkan dalam each room(7'x9') 1jantan dan 8 betina. So 8 bilik ( 8 betina - 50 biji telur sehari yg boleh dieramkan). Anak ayam dalam room 4' x 10'. Kawasan 10' x 24' untuk ayam pelbagai saiz.Semua except anak ayam akan dikeluarkan early evening selepas telur dikutip.

Tinggi reban ni 11 kaki  sbb tiang (3''x3'') 10 kaki yg duduk atas dua batu blog 1 kaki. Bumbung V shape (x tau term yg tepat) 

Bila dah siap nanti termenunglah sang monyet untuk cari idea baru nak kidnap telur dan telur yg dieramkan konfiden baik.

 MEMBER BLOG. ADA ADVICE OR KOMEN?

Monday, October 4, 2010

Bentuk Reban Jabatan Veterinar

Pagi tadi call Jab Vet, Merlimau, inform tentang barang binaan yg dah diterima. Nasib baik tak terus confirm dengan tukang sebab reban mesti ikut spec Jabatan berkenaan.Bentuk reban tak tau lagi coz  member vet tu meeting, tinggal seorang yg jaga office. Dia tak tau tentang bentuk reban tu.

Tinggal angan-angan je design reban yg dibuat. Ikut design sendiri ada 8 room (7'x9') untuk 1 jantan 8 betina each room., 1 room(4'x10') untuk anak ayam dan dining hall(10'x28') untuk ayam dewasa yg nak di jual. Design tu dibuat sbb nak dapatkan telur yg fertile dan telur tak kena kidnap oleh sang monyet.

Esok nak follow up tentang reban dan nak discuss tentang bentuk reban tu. Hari ini busy sapu minyak hitam dan susun bahan binaan tu dalam kandang lembu yg tak berpenghuni. Kalau expose pada hujan dan panas gerenti rosak dan jadi santapan anai-anai.

Sunday, October 3, 2010

Barang Binaan Dah Sampai


Lama dah tak aktifkan blog ni. Lately sibuk- anak periksa UPSR dan seorang lagi PMR minggu depan.Tambahan dengan tugasan di tempat kerja.

Pada Jun 2009  membuat permohonan untuk bantuan reban ayam. Alhamdulillah, permohanan berjaya.Bahan binaan dah sampai.  Ni tengah survey tukang di kampung untuk buatkan reban berkenaan.

Pelan dah lukis tapi nak masukkan dalam blog ni, tak tau caranya - I need your(rakan blogger) help.

Reban tu ialah 28' x 28' dan tertutup. Ni utk selamatkan telur dari sang monyet. Ayam hanya dilepaskan pada waktu petang selepas telur dikutip.


Monday, September 6, 2010

KEPUASAN

Last sekali blog ni ada gambar lembu dan ayam. Now, lembu dalam kenangan sbb kena sakit dan jual semua. Rumput dah mula panjang. InsyaAllah tahun depan akan ternak semula.

Sepanjang bulan puasa aktiviti agak terbatas tetapi ada kepuasan yg tak terhingga. En.Saad dari Sungai Rambai, Melaka yg baru nak belajar menternak ayam dan telah mendaftar utk kursus di ITU, Masjid Tanah, Melaka telah datang dengan tujuan untuk belajar.JPV Merlimau yg rekomen tempat ni.Habis semua yg  ada (ilmu) di curah kepada beliau. Bukan hari tu je tapi macam PJJ(Pengajian Jarak Jauh), selalu talipon. InsyaAllah esok nak ke tempat beliau.

Buat masa ni sibuk buat inkubator, ada tempahan lepas raya ni. Semalam je dah jual 2 unit. Yg dah siap ada 3 unit, WIP 7 unit. 

Lastly, kepada rakan-rakan SELAMAT BERPUASA DAN HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. TQ 

 

Saturday, June 26, 2010

GAMBAR YG TERBARU



 Di atas adalah haiwan peliharaan yg ada. Lembu 10ekor dan ayam belum sempat kira. Semua tu tengah syok makan. Makanan sisa kedai yg pelbagai rasa(tomyam, asam pedas, sup ayam, sup lembu dll)

Ni reban yg telah dimodify. Asalnya size 6 kaki x 10 kaki. Now 3' x 10'. Reban ni adalah utk anak ayam. Reban induk-induknya tak berubah macam Post Aug'2009.

Tuesday, June 22, 2010

INKUBATOR TIGA TINGKAT




Inkubator ni masih dalam R&D. Kapasiti 210 biji telur. Lampu 6 unit (5W each)

Tingkat yg pertama dan kedua dah penuh. Yg ke 3, InsyaAllah akan penuh dalam masa yg terdekat. Diharap telur tak kena kidnap oleh sang monyet.

First batch akan menetas minggu depan dan last batch +- end of August. Masa tu nak buat post mortem.
( 26/6- ALLHAMDULILLAH, DAH PENUH TELUR)

Monday, May 31, 2010

PENYAKIT AYAM

Petang tadi Mr Tan dtg rumah servis alat penapis air(bukan yg direct selling-mahal) yg dah guna hampir 10 tahun. Dia buat yearly servis. Dia tanya "Ayam ada kena sakit ka?" Ini soalan common sekarang.

Buat masa ni adalah lebih baik tidak mengimport ayam dari luar. Mengikut pengalaman telur pun jangan import utk dieramkan. Pada tahun 2000, ayam member yg tengah mengeram tiba-tiba gol. Kerana sayangkan telur-telur, bawa balik eramkan kat ibu ayam(masa tu tak kenal pun inkubator). Lepas tu mulalah sekor demi sekor ayam gol.

Penyakit sampar ni serupalah macam org kena selsema. Semua penyakit ada ubatnya, pada masa ni belum jumpa lagi ubatnya Dlm bahasa Mat Salleh "No cure for common cold". Ia hanya boleh sembuh utk satu ketika, lepas tu kena balik. Tak percaya tanya lah Pegawai Vet. ttg sampar ni.

Thursday, May 27, 2010

SYUKUR , ALHAMDULLILAH

3 hari lepas 2 ekor ayam induk betina kritikal- tak boleh jalan dan berak kapur. Ayam dikurung tanpa makanan dan minuman. Tujuan "puasakan" ayam kerana nak "bersihkan" dalamannya.

Tengah hari tadi ayam dah mula berdiri tapi tak berapa kuat. Beri minum air yang dicampurkan dengan daun hempedu ular yg Nabil Sufian(http://bantak.blogspot.com) telan hingga coca-cola pun rasa pahit

InsyaAllah petang tadi ayam nampak ada harapan hidup. Esok nak beri makan dedak anak ayam (Goldcoin 201C).

Ini adalah rutin/usaha yg dibuat untuk rawatan ayam yg berak kapur, lemah x boleh jalan dll. Usaha ni didahulukan dengan doa. InsyaAllah

BERDOA DAN MOHON DARI ALLAH.

Sunday, May 23, 2010

NIAT, DOA & ADAB

Post ni lari dari tajuk penternakan. Tapi harus diberi perhatian. Idea ni dapat dari kawan semasa minum petang bersama rakan setugas. Ia bermula dari hal direct selling. Ada yg datang rumah hampir nak Maghrib atau lewat malam. Ini seolah memberi tekanan kepada tuan rumah supaya "cepat" membeli. Ada yg melawat kawan sakit hanya bertujuan nak market product. Macam-macam taktik yg lain.

Yg best ada yg sebut mereka yg buat ni serupa macam orang yg kerjanya sebagai penggali kubur. Tugas mereka mulia sbb pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah(ada gaya Ustaz), tetapi kalau sentiasa mendoakan ada orang mati dalam kampungnya- dah lain cerita.

Rakan penternak dan peniaga, dalam menjalankan aktiviti harian jangan ada unsur yg boleh disamakan dengan penggali kubur yg niat tak baik.

Friday, May 21, 2010

2 IN 1

Esok (22/5) nak hantar inkubator ke En Zahrin di Kg Talang, Tg Ipoh, N.S. Lepas tu nak kemas rumah pusaka di Tg Ipoh.

Jualan inkubator area Tg Ipoh je mencecah 8 buah. Jualan pertama bermula masa Cuti Tahun Baru Cina kepada En Zul(Tg Ipoh). En Zul ni buat promo-TQ TQ TQ ............... semoga Allah memberkati segala urusannya.

Main factor good sale ialah harga dan workmanship ( feedback dari customer) kerana inkubator semua sama je( telur akan menetas pada kadar peratus yg memberangsangkan). So kepada member yg nak menceburi bidang ni- buat inkubator yg menarik dan berkesan. Harga pula berpatutan.

Friday, May 14, 2010

LALAT OH LALAT

Masalah lalat timbul kerana reban anak ayam yg berada 5 meter je dari rumah. Sebelum ni reban ni tak digunakan selepas era ayam serama yg pernah saya pelihara. Anak ayam sebelum ni diletakkan direban khas(reban kecil) jauh dari rumah. Sebab masalah pengurusan dan kesibukan membuat inkubator anak ayam diletakkan dalam reban tersebut- senang bila nak beri makan/minum dan nak jual kepada yg berminat.

Buat masa ni masalah lalat diatasi dengan membersihkan reban dan menabur garam di bawah reban. Garam ni sebenarnya efektif untuk semut. Kadang-kadang gunakan spray nyamuk je.


Anak ayam yg ada ialah stok untuk Hari Raya Puasa.Jualan anak ayam, ditangguhkan untuk sementara waktu.

Friday, April 16, 2010

Inkubator kayu vs Inkubator plastik/PVC

Dah lama menyepi coz tak de mood je.

Terdapat beberapa customer n potential customer yg tanya pasal inkubator plastik ni. Jawapannya simple - no komen sbb belum pernah guna. Perbezaan hanya in term of weight- yg kayu/papan lapis berat. Advice lain- bacalah blog-blog yg lain, kemudian buatlah andaian sendiri.

Inkubator 3 tingkat - setiap tingkat ada yg menetas. Buat masa ni belum berani nak marketkan sbb masih dlm penilaian lagi. Member yg dtg sini semua tertunggu inkubator ni sbb kapasiti +- 200 biji.

Hujung minggu ni InsyaAllah akan ke NS sbb nak hantar inkubator. Zul(Terachi) & Zul(Tg Ipoh) nak lagi. Rezeki jgn di tolak. 3 in 1 lagi.

Friday, April 2, 2010

TIGA DALAM SATU ( 3 IN 1)

InsyaAllah hari Ahad (4/4) akan ke Tg Ipoh, N.Sembilan.

Yg utama adalah untuk menghantar 3 unit inkubator ( 2 unit utk Zul-Terachi & 1 unit utk Zul-Tg Ipoh).Yg kedua nak beli tapai pulut yg dibungkus dgn daun keladi. Setiap pagi Ahad ada pasar tani di Tg Ipoh.Yg ketiga nak kemas rumah pusaka ibu di sana.

Cerita pasal tapai tu, saya rasa org Negeri Sembilan je yg buat tapai bungkus guna daun keladi. Yg lain guna daun pisang dan daun getah.

Friday, March 19, 2010

CUTI-CUTI & ZIARAH ORANG TUA

Masa ni berada di rumah kakak di Subang Jaya. Adik beradik(4org) -3 di SJ,USJ dan Subang Permai, Abg di Batu Caves. saya seorg je di Melaka. Org tua tinggal bersama kakak dan adik perempuan.

Walau pun bercuti handphone tetap "on". Baru sekejap terima call dari Kepis, N.S. nak ambil inkubator-kena tangguh ke Sabtu sbb balik petang ni.

Bila baca blog CITYPULL, geram rasanya sbb pernah mengalami yg sama. Masa tu orang atau ...... ni nak share ternak lembu. Bila dengar syarat-syaratnya mula nak muntah depan dia supaya dia tahu muntah org miskin dgn org kaya sama je. Bila saya tetap sharing of profit secara Islam, tercegang kawan tu. Last sekali terkeluar dari mulut saya "you keep your money to yourself","Money is not everything but everything needs money" sbb member speaking berabuk. Hingga hari ni tak nampak btg hidungnya.

Secara peribadi, jatuhnya lintah,cacing dan keli sebab market yg dikawal oleh bangsa ........... (faham-faham le). Ayam kampung ni since 1997 saya berani cakap sentiasa tak cukup supply. Kalau ada kawan nak market ayam kampung call saya.InsyaAllah member ni akan borong.

Mula dari hari tu saya berazam biarlah jatuh bangun ternakan hasil titik peluh sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

TESTIMONI / TEMPAHAN INKUBATOR

16/3 jam 6.30 ptg terima call dari En. Zul (Tg Ipoh, Kuala Pilah, N.S.) ,"Bang nak order lagi satu inkubator, inkubator sedang digunakan 80% menetas." Masa tu rasa bangga, rasa macam tak jejak kaki ke tanah. Nasib baik masa tu pakai seluar, kalau pakai kain dah terlondeh. Nilah satu kepuasan yg tak terhingga.

Bila rasa kaki dah jejak tanah, teringat coretan kawan-kawan blog lain tentang % tetasan.3 main factor:
i) Disiplin pemilik inkubator (ii) inkubator yg baik (iii) fertility telur.

En. Zul dah rekomen kat kawannya. TQ semoga Allah membalas jasanya.

Inkubator ni dapat order yg mengalakkan. Order ni dari:
i) En Yus ( Rantau, N.S.) - 10 unit
ii) En Hamzah (Kepis, N.S) - 1 unit (dah ambil 20/3) - tempah lagi 2 unit.
iii) En Zul (Tg. Ipoh, N.S) - 1 unit
iv) En Zul (Terachi, N.S) - 1 unit
v) En Zahri (Muar,Johor) - 1 unit (dah ambil- 19/3)
vi) Kapten(B) Tahir ( Paya Dalam, Melaka) - 2 unit
vii) WakDarsuki-Proses Ayam(Paya Dalam, Melaka) - 1 unit

(Yus, Hamzah, Zul-Tg Ipoh, adalah customer lama HOME)
Alhamdulillah, rezeki.

Bila buat survey, harga RM180 menjadi daya tarikan utama. So menjadilah pelaris "NAK LARIS KENA JUAL HARGA MURAH-MURAH"

Stor @ bengkel @ tempat proses pengeraman dah limited space. Nak baring/relax2 kena hati-hati(takut terantuk kepala kat bucu inkubator).

Friday, March 12, 2010

INFO TERBARU

Ini ada berita baik. Melalui perbualan dgn Shahril, adalah lebih baik inkubator dibuka selama 15 minit setiap pagi. Ini sama dengan masa ibu ayam yg turun makan dan meninggalkan telur. Perlu dilakukan supaya telur dapat fresh air. Belum try lagi cuma nak heboh-heboh je.

Perkembangan inkubator 3 tingkat. Dah siap tapi terdapat perbezaan suhu 0.5 darjah celcius tray bawah dgn 2 tray di atas. Anyway cuba juga masukkan telur( telur free-ayam sendiri). Gambarnya tiada sebab yg ambil gambar(anak) letih.

Penetasan telur ayam merosot. Tak tau le apa sebabnya. Baka ayam yg ada OK sebab bapak dan betina power-power. Mungkin sbb cuaca panas atau sbb modify reban dan kawasan(mengganggu emosi ayam).

Sunday, March 7, 2010

KEMBALI LAGI/ MASIH BERNAFAS

Dah lama tak update blog. Sebabnya busy betul. Busy dengan tugas fulltime(mengajar) dan part time- buat inkubator, repair reban etc.

Dalam busy-busy tu layan juga kawan yg datang. Ni ada good news utk kawan-kawan. Saudara Khairol(customer) inform ayam dia dah OK dari penyakit. Alhamdulillah. Ubat yg diguna ialah daun hempedu ular@bumi@akar. Member kerja d Muar tapi tinggal d Serkam, Melaka.

Kami dah plan nak pergi ke Bukit Gambir dan Muar. Bukit Gambir nak beli nak ayam dari Apek penternak ayam. Muar pula nak beli dedak Gold Coin sbb d sana murah by RM10 per 50kg bag. Dedak ni is the best in the market esp untuk anak ayam.

Now dalam proses modify inkubator. Nak buat 3 tray yg total kapasiti +-200 biji telur. Frame dah lama siap. Asyik delay je sbb layan tempahan customer yg nak inkubator +-70 biji. Ni sepesen tukang rumah dulu-dulu, rumah org buat cantik-cantik tapi rumah sendiri lambat siap.

Saturday, January 16, 2010

SERBA SALAH

Nak marah salah, tak marah pun salah. Tu jadi serba salah. Ungkapan ni dituju kpd Sang Monyet/Kera.

Ramai yg beli inkubator semua sbb gangguan makhluk Allah ni. Customer yg terbaru-hari ni, alasan nak guna inkubator sbb alasan yg sama. Nak pendekkan cerita monyet ni membantu sale saya.

Bila datang kidnap telur ayam saya, tension betul. Dah hampir seminggu tak datang, so selamatlah telur ayam tu.

MARAH JE BUKAN MAKI HAMUN

Saturday, January 9, 2010

REZEKI TEMPAT BARU/ UBAT AYAM

2010 bertugas di tempat baru. Hari ke 3 je, rakan sejawat beli inkubator. Yg best org lain (agen yg tak dilantik) yg buat promo. Hari yg yg sama dapat call dari Simpang Renggam dan Air Keroh Melaka nak inkubator. Alhamdulillah.

Baru-baru ni ayam ada tanda-tanda sakit-berak kapur dan termenung serta tercunggap. Berdiri pun tak nak. Yg sakit d kuarintin dan beri minum air yg dicampur dgn daun hempedu ular tanpa makanan lain. Sekarang byk yg dah pulih. Yg gol pun ada tapi d manafaatkan-jadi baja pokok. Yg tak best ayam jantan yg kuarintin, bila dah baik dan campur member lain-terus sparring. Agak dah tak kenal kawan lama.

So sekarang member penternak ramai yg nak pokok tu sampai tak de stok. Now sedang semai yg baru. Pokok di beri free of charge tapi kena ambil sendiri. Yg tak dapat ambil sendiri nanti saya postkan seednya, so kena msj alamat.

10 inkubator telah diambil oleh tuannya.