xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Monday, October 4, 2010

Bentuk Reban Jabatan Veterinar

Pagi tadi call Jab Vet, Merlimau, inform tentang barang binaan yg dah diterima. Nasib baik tak terus confirm dengan tukang sebab reban mesti ikut spec Jabatan berkenaan.Bentuk reban tak tau lagi coz  member vet tu meeting, tinggal seorang yg jaga office. Dia tak tau tentang bentuk reban tu.

Tinggal angan-angan je design reban yg dibuat. Ikut design sendiri ada 8 room (7'x9') untuk 1 jantan 8 betina each room., 1 room(4'x10') untuk anak ayam dan dining hall(10'x28') untuk ayam dewasa yg nak di jual. Design tu dibuat sbb nak dapatkan telur yg fertile dan telur tak kena kidnap oleh sang monyet.

Esok nak follow up tentang reban dan nak discuss tentang bentuk reban tu. Hari ini busy sapu minyak hitam dan susun bahan binaan tu dalam kandang lembu yg tak berpenghuni. Kalau expose pada hujan dan panas gerenti rosak dan jadi santapan anai-anai.

2 comments:

  1. cikgu, boleh tau tk mcm mana design cikgu...bayangan tue dh ada..tp tp takat bayangan jer la..tinggi cikgu buat brapa tinggi?

    ReplyDelete
  2. tiggi- tiang 10' batu blog 1'. Total 11'

    ReplyDelete