xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Tuesday, September 29, 2009

TIGA ABDUL

Ayam 2 ekor dah senior - taji dah panjang +- 1 inci

Yang ini kira junior - taji +- 1/2 inci

Salah satu dari TIGA ABDUL ni akan dimiliki oleh ZaliAgroFarm Masjid Tanah. Kalau member ni nak tiga-tiga pun alright. Harganya special- dah dirunding lebih awal.
(Hari ni 3/10 Tiga Abdul ni tidur reban zali d Masjid Tanah. Dia borong semua).

Ayam-ayam jantan ni adalah diantara ayam yg ada di HOME. Ayam semuanya baka kacukan Kampung dan Siam. Semua ayam yg ada di HOME adalah hasil tetasan inkubator(promo inkubator saya). InsyaAllah malam esok org Seremban nak ambil 2 inkubator.

Anak ayam Ramadhan dah janji dgn member Tangkak, tapi tak muncul-muncul. Jadi ayam tu akan jadi pemilik org lain. First come first serve, siapa cepat dia dapat. Macam jual ubat pula.
(Hari ni 1/10 member dah borong, tapi belum ambil sebab reban repair. Esok nak tlg member ni repair reban)

Member-member ayam laga mesti ketawa terbahak-bahak tengok gambar ayam ni. Kalau duduk taman perumahan, satu taman dengar. Kalau ketawa kena tutup mulut, nanti kena H1N1.

SENYUM, KETAWA, CERIA, HAPPY SELALU
ADALAH PENAWAR DAN BOLEH AWET MUDA

Saturday, September 26, 2009

KEINDAHAN HARI RAYA

Cuti raya seminggu. Ni untung jadi Cikgu.Lagi untung org rumah pun Cikgu. Cuti sama. Rumah mentua pula berhampiran. Alhamdulillah.

Macam biasalah adik beradik, sanak saudara dll berkumpul. Yg paling enjoy kanak-kanak dapat kumpul duit raya. Cerita semuanya best je. Kalu dulu kat kampung kereta tak banyak, dah banyak kereta sampai jam jalan. Semua tu cerita yg sama setiap tahun.

Tahun ni cerita hari raya saya memang best atau tak best. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Tahun ni ada 2 insiden org beri saya" pahala-pahala free".

1. Lembu saya suspect ada org "tolong jual". Pada hari raya Ke 3 baru perasaan seekor lembu jantan dah hilang. Mungkin dah lesap lebih awal. Jika betul dicuri dan duit digunakan untuk sambutan hari raya anak beranaknya, banyak pahala free saya dapat.(ni kena redha).
Ada juga intai kandang kawan-kawan berhampiran. Mana tau tengah mengurat anak dara org lain.
(28/9 LEMBU DAH JUMPA TAPI INJURED. POTONG DAN JUAL KPD ORG PASAR)

2. Duit anak saya hilang dalam rumah. Disyaki anak didik org rumah saya punyai angkara. Malas nak panjangkan cerita, diam sj le. Yg best tu anak saya terima hakikat tak de rezeki. Ni pun satu lagi pahala free.

Kedua-dua insiden ni ada hikmahnya. InsyaAllah.

Wednesday, September 16, 2009

ANAK AYAM RAMADHAN /TUMBUHAN HERBA

ANAK AYAM RAMADHAN

Anak ayam ni bukan spesis baru. Beri nama Ramadhan sebab tetas dlm Bulan Puasa. Semuanya nak jual(Hari Raya ke 3) kat member Tangkak-lama dah janji. Dia nak borong semua yg ada.


TUMBUHAN HERBA

Tumbuhan ni untuk personal consumption. Daun lebihan akan diberi pada ayam dan lembu sebagai ubat asli tanpa bahan kimia. Hempedu ular memang kerap saya masukkan dlm minuman ayam. Ayam dan lembu dikira organiklah tapi label organik ditarik balik sbb sisa makanan yg diambil dari kedai ada pelbagai perasa(tomyam, ajinomoto ................... dll).

Minat menanam ni ada tapi kadang-kadang guna konsep 3T(Tanam, Tinggal, Tuai).
Tumbuhan yg ada HEMPEDU BUMI/ULAR, PATAWALI, DAUN SEMBUNG(capa/telinga kerbau), SIREH, DAUN KADUK, ULAM RAJA, TEMBAGA SUASA, LIDAH BUAYA, MISAI KUCING, BELIMBING BULUH, DAUN KARI, SERAI, Spesis yang ada rizom (KUNYIT, HALIA, LENGKUAS, CEKUR). LIMAU KASTURI, LIMAU PURUT. Ni tak termasuk rumput rumpai pelbagai jenis, lalang, duri semalu dll. He,He,He. Yang ada gambar ialah yg ramai tak berapa kenal.


DAUN SEMBUNG

PATAWALI


PECAH BELING

DAUN PUDING

MISAI KUCING

TEMBAGA SUASA

Tumbuhan ni semua boleh dimakan kecuali tembaga suasa. Daun ni digunakan utk membalut tempat yg seliuh, patah selepas diurut. Sapu sedikit minyak urut dan layur/panas daun itu, kemudian balut tempat yg sakit.InsyaAllah akan cepat sembuh. Pengunaan daun yg lain boleh dapat info dari orang suruhan Pak Google. Daun Sembung dikatakan elok di beri kpd lembu dan kambing utk ubat cacing. Yg saya tahu buat utk mandi lepas bersalin(org pompuan da..) dan yg lain selepas demam. Daun Puding org Nogori Sembilan masukan dalam rendang ayam atau daging, sedaaaaap......... .

Sekiranya coretan-coretan ku membuat anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dll meluat, menyampah, batuk, demam, muntah sampai terkeluar isi perut. Maafkanlah saya ni supaya hidup ni sentiasa dalam keberkatan ALLAH.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA ANDA SENTIASA DIBERKATI ALLAH
HIDUP SENANG, MATI PUN SENANG

Monday, September 14, 2009

Kereta Klasik / Pokok Hempedu Ular

Gambar ni ialah kereta TOYOTA LE yg semenjak 1999 menjadi item yg sangat penting. Sebelum tu pakai Proton Knight. Tepi si adik AVANZA yg digunakan untuk keluarga. Setiap 5 pagi kecuali hari cuti TOYOTA LE ni dah mula operasi. Di belakang akan dimautkan 6 tong cat yg besar. Tong akan penuh berisi dengan sisa makanan kedai, agaknya +- 60 kilo apabila operasi tamat jam 5.50 pagi. Sebelum ni tempat duduk belakang pun dimuatkan 2 tong. Semenjak kena sabotaj oleh penyagak, hasil dah kurang. Tong ni akan dibasuh luar dalam dengan sabun. Tuan kedai yg memang dah janji suka sbb selain bertugas macam org majlis perbandaran(kutip sampah) dan jaga kebersihan.

Yg bercadang nak ternak ayam berskala sederhana

i) Buat costing tentang makanan. Ikhtiar bagaimana nak kurangkan kos makanan. Ramai yg bungkus tak tahan duit makanan ayam ni. Kalau bela sikit-sikit bolehlah beri makanan sisa rumah sendiri.

ii) Tebalkan muka. Maklumlah jadi pekerja majlis bandaran. Mula-mula dulu pernah ditegur oleh hamba Allah yg ada hubungan keluarga sebelah isteri."tak malu ke". Jawapannya malu bila meminta-minta pada orang lain semasa badan sihat dan segar bugar. Masa tu minta nak pinjam(bukan minta free) RM100. Jawapan yg sama untuk semua yg tegur. Yg heran tak dapat pun sponsor RM100 tu.
iii) Tiada istillah penat, boring, kecewa, xxxxxxxxxxx dll yg selalu diungkapkan org yg tiada masa depan, ahli politik di kedai kopi dan yg selalu menjaga tepi kain orang. Rakan saya Kapten(B) yg menternak macam-macam(kalau kuman boleh ternak dia akan ternak kuman) best punyai ayat "Bontot sendiri tak nampak, kenapa nak jaga bontot org lain."


POKOK HEMPEDU ULAR @ BUMI@POKOK CERITA

Gambar di atas yg macam bunga tu ialah biji benih yang belum matang. Bila dah matang ia kan gugur- banyaklah nanti anak dia. Banyak juga dah saya sedekahkan kat member-member. Free of charge(dunia), tapi InsyaAllah dapat saham akhirat.

Gambar ni pula ialah close up gambar daunnya. Kalau nak confirm pokoknya ambil satu dan gigit, gerenti nampak orang halus- pahit ooooh.

Kepada rakan ternak saya jarang menggunakan ubatan yg dibeli. Saya hanya gunakan daun hempedu ular ni. Daunnya diramas dan dimasukkan ke dalam minuman seminggu sekali. Anak ayam beri sehelai shj. InsyaAllah ayam tu akan dijauhi dari penyakit.

Ia juga baik untuk darah tinggi. Ambil sehelai daun dan dikunyah. Sebelum tu kena standby air minuman sbb rasanya sungguh pahit.

Sunday, September 13, 2009

BALIK KAMPUNG

Semalam 12/9 balik kampung - Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, N. Sembilan. Kemaskan rumah pusaka mak. Setiap tahun kami akan beraya di sana. Kedua ibu-bapa menetap bersama adik-beradik di Subang Jaya, USJ dan Subang Permai.

Walau pun puasa, bila mesin rumput dan sapu rumah pusaka, terasa kepuasan. Ini akan mengembirakan ibu-bapa ku. Mereka akan tinggal di sana setiap cuti sekolah. Adik yg bongsu Cikgu. Anak dan anak buah enjoy duduk kampung-mandi sungai.

MENGGEMBIRAKAN IBU-BAPA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK

Semalam hantar/jual inkubator kpd Encik Din dari Kuala Pilah. Pada jam 2.45 pagi dapat mesej bertanyakan inkubator. Agaknya member ni sebelum sembahyang sunat Tahajjud.

Inkubator, stok ada 2. Yg WIP 3 belum ada mood nak siapkan.

Wednesday, September 9, 2009

JUALAN ANAK AYAM

Hari ni habis semua anak ayam. Yang nak jadikan back up pun habis. Ini namanya rezeki bulan puasa. Yg borong tadi dah intai-intai pula yg umur 2-3 bulan pulak. Power betul customer ni, nak sampai 50 ekor tapi janji dia nak jual 15 ekor sj. Yg balace tu sebagai penyeri reban. Sbb bunyi ayam tu, music to my ears.

Pada 3/9 ada jualan inkubator kpd En Abu Bakar dari Jasin. Stok ada 3 lagi. Yang WIP ada 3 juga.

Kepada rakan ternak SELAMAT BERPUASA dan sentiasa alert. Biar lambat asalkan selamat dah basi. Kena tukar MESTI CEPAT DAN TEPAT, barulah bangsaku boleh maju. Nasihat rakan cina ku, baru bisness buka kedai kena awal, tutup pula kena lewat.