Yg bercadang nak ternak ayam berskala sederhana
i) Buat costing tentang makanan. Ikhtiar bagaimana nak kurangkan kos makanan. Ramai yg bungkus tak tahan duit makanan ayam ni. Kalau bela sikit-sikit bolehlah beri makanan sisa rumah sendiri.
ii) Tebalkan muka. Maklumlah jadi pekerja majlis bandaran. Mula-mula dulu pernah ditegur oleh hamba Allah yg ada hubungan keluarga sebelah isteri."tak malu ke". Jawapannya malu bila meminta-minta pada orang lain semasa badan sihat dan segar bugar. Masa tu minta nak pinjam(bukan minta free) RM100. Jawapan yg sama untuk semua yg tegur. Yg heran tak dapat pun sponsor RM100 tu.
iii) Tiada istillah penat, boring, kecewa, xxxxxxxxxxx dll yg selalu diungkapkan org yg tiada masa depan, ahli politik di kedai kopi dan yg selalu menjaga tepi kain orang. Rakan saya Kapten(B) yg menternak macam-macam(kalau kuman boleh ternak dia akan ternak kuman) best punyai ayat "Bontot sendiri tak nampak, kenapa nak jaga bontot org lain."
POKOK HEMPEDU ULAR @ BUMI@POKOK CERITA
Gambar ni pula ialah close up gambar daunnya. Kalau nak confirm pokoknya ambil satu dan gigit, gerenti nampak orang halus- pahit ooooh.
Kepada rakan ternak saya jarang menggunakan ubatan yg dibeli. Saya hanya gunakan daun hempedu ular ni. Daunnya diramas dan dimasukkan ke dalam minuman seminggu sekali. Anak ayam beri sehelai shj. InsyaAllah ayam tu akan dijauhi dari penyakit.
Ia juga baik untuk darah tinggi. Ambil sehelai daun dan dikunyah. Sebelum tu kena standby air minuman sbb rasanya sungguh pahit.
assalamualaikum..
ReplyDeletesaya baru je cuba minum air daun ni.. ya ampun pahitnya!!! baru tuang air panas belum rebus lagi. yang peliknya... walaupun pahit, dia tak ada bau langsung.. jadi 'drinkable' memang saya standby air nescafe nak kumur :)
nak benih pokok nie boleh tak????
ReplyDeleteSaya tak kunyah daun ni,lipat jadi kecil terus telan.sbb tak ada sakit so sminggu skali je saya amalkan.
ReplyDeleteLbih kurang dgn hempedu bumi.. Rasanya pun memang sangat pahit.. Aku pernah minum sekali, tpi lpas minum terus termuntah.. Sbap x tahan sngat dia pnya pahit.. Hehe..
ReplyDeleteMemang hempedu bumi
DeleteMaaf encik..boleh saya dptkn daun ni?
ReplyDeleteEn tingfal di mana yer?
Atau boleh post x?
Maaf encik..boleh saya dptkn daun ni?
ReplyDeleteEn tingfal di mana yer?
Atau boleh post x?