xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, September 26, 2009

KEINDAHAN HARI RAYA

Cuti raya seminggu. Ni untung jadi Cikgu.Lagi untung org rumah pun Cikgu. Cuti sama. Rumah mentua pula berhampiran. Alhamdulillah.

Macam biasalah adik beradik, sanak saudara dll berkumpul. Yg paling enjoy kanak-kanak dapat kumpul duit raya. Cerita semuanya best je. Kalu dulu kat kampung kereta tak banyak, dah banyak kereta sampai jam jalan. Semua tu cerita yg sama setiap tahun.

Tahun ni cerita hari raya saya memang best atau tak best. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Tahun ni ada 2 insiden org beri saya" pahala-pahala free".

1. Lembu saya suspect ada org "tolong jual". Pada hari raya Ke 3 baru perasaan seekor lembu jantan dah hilang. Mungkin dah lesap lebih awal. Jika betul dicuri dan duit digunakan untuk sambutan hari raya anak beranaknya, banyak pahala free saya dapat.(ni kena redha).
Ada juga intai kandang kawan-kawan berhampiran. Mana tau tengah mengurat anak dara org lain.
(28/9 LEMBU DAH JUMPA TAPI INJURED. POTONG DAN JUAL KPD ORG PASAR)

2. Duit anak saya hilang dalam rumah. Disyaki anak didik org rumah saya punyai angkara. Malas nak panjangkan cerita, diam sj le. Yg best tu anak saya terima hakikat tak de rezeki. Ni pun satu lagi pahala free.

Kedua-dua insiden ni ada hikmahnya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment