xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, August 29, 2009

MONYET MELAWAT TERNAKAN

Hari ni 29/8, sang monyet melawat reban ku. Telur ayam jadi santapan. Telur hari ni dapat 7 biji sj, yg lain dah masuk perut monyet. Dah lama monyet ni tak datang. Mungkin buah-buahan dah berkurangan, jadi cari sumber makanan lain.

Pesanan orang tua ku, marah2 sikit pada monyet tu tak pe, tapi jangan maki hamun. Ni sebab mereka tu makhluk Allah juga.

Hari ada jualan inkubator kepada Shahrum & friends dari Tg Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Jualan yg ke 25 buah

Thursday, August 27, 2009

AYAM REMAJA DAH JUAL

Hari ni (28/8) member ni borong 30 ekor. Tu pun blok beberapa ekor. Kalau tidak sunyilah reban tiada ayam. Buat masa ni tinggal yang tua dan budak-budak. Remaja yg tinggal nak buat back up dan reserve utk makan sendiri.

Jualan ni baiknya, save duit jagung. Duit yg dapat boleh jadikan duit raya anak-anak buah dan anak jiran.

Peraih ni rumah d Bukit Katil, Melaka, ternakan d Tangkak, Johor. POWER, berapa byk ayam pun dia nak. Ni business baik, jadi agen(bukan 007). Beli dari penternak dan buyer dah menunggu. Nak business dgn dia call no ni 012-6036625(FAIZ)

JELASKAN BIL AIR & LETRIK SURAU & MASJID
INSYA ALLAH DAPAT BERKAT

Monday, August 24, 2009

TELUR AYAM 2/JUALAN AYAM

Collection telur ayam makin memberangsangkan. Dah mula nak dapat+-20 biji sehari. Meriahlah inkubator. Sebelum ni inkubator direhatkan. Riuhlah bunyi anak ayam,InsyaAllah. Ni sementara je, kerana dah promis nak jual anak ayam. Baru-baru dah jual 43 ekor anak ayam umur 2 minggu. Yg ada ni nak simpan sikit buat pelapis.

Ayam dewasa, masa terdekat nak let go. Dah janji dgn peraih. Masalah peraih ni nak kena tunggu payment. Dia supply ayam ke restoren dan hotel. Baru tahun ni dia dapat kontrak ni. Kalau tak confirm nanti, kena call peraih yg lain. Inilah kalau nak business kena ramai kenalan.

Dalam bulan puasa supply sisa makanan merosot. Ayam di beri makan jagung-bila dah kena beli jagung baru tau mahal harganya. Satu beg besar 50 kilo-RM48. Selalunya tak cukup untuk sebulan. Ikut nasihat Tok Guru, berdosa menyeksa haiwan, salah satu darinya tidak memberi makan yang secukupnya.

Lembu beri PKP - 50 kilo-RM30.

Tiada sale inkubator, customer kena bajet -puasa dan raya. Stok ada 5 buah.

HAIWAN TAK PUASA.MANUSIA TAK PUASA SERUPALAH.................

Saturday, August 15, 2009

PESTA MAKAN MEE

Hari ni(15/8) ayam dan lembu puas makan mee. Pembuat dan pembekal mee d kampung ku beri mee yg reject. Kesian sbb tak laku kerana byk sekolah yg tutup emergency seminggu. Student ramai demam. Ini semua kesan selsema babi.

Dah byk kilo juga dia hantar-hari ni paling byk. Ni baik org Melayu, beri free shj. Yg best tu d hantar ke rumah semuanya. Yg suspen nanti, lepas ni nanti ayam dan lembu tu demand nak makan mee sj.

Bulan puasa tak lama lagi. Kuranglah supply sisa makanan nanti. Masa tu kenalah stok hampas kelapa kering,PKP(lembu) dan jagung ayam. Selalu bulan puasa sampai 2 bag(45-50 kilo) jagung d perlukan supaya ayam tu gebu-gebu bila d jual masa nak raya.

Thursday, August 13, 2009

LEMBU OH LEMBU



Atas permintaan rakan, ni lah gambar lembu yang ada d tempat ku. Semua 10-besar dan anak( 2 jantan & 8 betina). Lembu ni saiz M dan L sj. Lembu saiz XL dan XXL(Braman dll) tiada. Tu sebab tak nak heboh-heboh. Orang lain lembu power2 besar. Terliur bila ada atas lori.
Ni pula lembu jantan yg paling besar. InsyaAllah lembu ni akan jadi lembu korban tahun ni. Adik ipar dah sebut-sebut nak tapi tak confirm lagi. Kalau jadi nak ganti dgn baka yg kaw kaw. Beli 2 ekor anak jantan dgn duit yang dapat, baru berkembang dan bertambah lembu.

Buat masa ni, nak sabit rumput berhampiran tempat ku susah, ramai yg menternak terutama kambing. Tambahan lagi ada yg tanam semula getah dan kelapa sawit. Nasib baik lembu-lembu ni dah training makan sisa makanan yg diambil d kedai berhampiran. Sehari dapatlah 5-6 tong cat yg besar. Malam beri PKP yg melambung-melambung harganya.

Wednesday, August 12, 2009

PREMIS PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG




Ni adalah sebahagian dari ayam ku. Sorrylah ambil gambar ni tak clear sbb masa makan ayam ni tak boleh diganggu. Yg ada bekas air tu tempat ayam super junior





Ni pula banglo ayam ku. Pandangan dari depan dan belakang Gambar yg pertama ada rest house lembu 10 ekor. Lembu tak de dlm rest house-tengah riadah. InsyaAllah ia akan bertambah, bila pencen nanti makan hasil lembu dan ayam. Bela lembu ni kira rugi, nak makan daging kena beli tapi kalu ayam, nak makan sembelih je.
Gambar yg ketiga, reban kecik belakang sekali adalah tempat ayam junior.


Ni gambar inkubator yg siap dan inkubator yg WIP(Work In Progress). Letak botol dan bekas telur bukan promo tapi nak bagi nampak saiz inkubator tu sbb ramai yg tanya saiznya. Inkubator ni semua guna thermostat Rainbow- Made in Korea.



Ni pula inkubator dan bengkel ku. Bengkel ni 3 in 1(stor,tempat pengeraman & tempat buat inkubator). Ruang untuk buat inkubator hanya 6 kaki x 9 kaki. Yg nampak lampu merah tu dalam ada anak ayam yg baru menetas. Tak biarkan dlm inkubator untuk jaga kebersihannya.Yg atas tu 2 dari 4 inkubator yg sedang digunakan. Plywood yg bertindih tu bahan inkubator, nak pasang tak de ruang nak simpan.
Inkubator ada sale pada 9/8- En. Sarudin, Merlimau, Melaka. Dah jual 24 buah. Stok 5 buah.

Saturday, August 8, 2009

SYABAS BANGSAKU

Dari blog yg dah d layari, memang syok baca kejayaan bangsaku termasuk wong jowo. Yg heran mostly semua bukan dari kelulusan bidang pertanian dan penternakan . Agaknya kita ini semua jenis kecik-kecik mak beri makan ayam/itik kampung & daging(lembu/kambing) kampung yg bedal segala-galanya serta sayur & ulam yg dikutip tepi parit,sungai dll . Yg makan KFC, A&W, Burger dan sayuran baja kimia takut nak turun tanah dan bergelumang dgn najis haiwan.


Yg paling syok sekali, ramai yg umur awal 30. Maksud saya yg muda-muda masih segalanya power. Yg belum kawin-cepatlah nikah-kahwin, jangan tunggu lama-lama. Rugi teramat sangat. Don't break my record- saya nikah- kahwin umur 36 thn. Sebelum tu- ada yg saya nak dia tak nak, ada yg saya tak nak dia nak. Tu yg tak jadi. Anak buah semua dah besar-besar, anak sendiri baru Form 2 dan Darjah 5. Dua-dua hero. Abg d asrama penuh dan kalau adik ikut sama, second honeymoonlah tapi ada tanggung jawab.


Pada 7/8/09 ada sale inkubator- En. Muslim dari Alor Gajah. Stok ada 3 buah dan sedang proses yg lain.

Dlm coretan TELUR AYAM ada sebut tg LEMBU. Mula bela awal 2003- mula-mula suka-suka sbb tak payah mesin atau racun kebun ipar-ipar. Lepas tu bila mesin rumput original 4 kaki yg bergerak ni dah biak- buat kandang, habis jugalah sikit ribu-ribu. Yg puas hati bila dua-dua hero sunat dan bila dah baik, khatam Koran- buat kenduri. Sekor sembelih jadi lauk, sekor lagi jual untuk beli asam garam dll.

Telur Ayam

Akhir-akhir ni, ayam-ayam dah boikot tak nak telur. Sehari hanya 5-6 biji saja. Ni perkara biasa sbb ayam betina tengah period-org pompuan sorrylah. Nanti bila dah tamat bertelurlah.

Ada makcik nasihat, pumpkan jagung byk-byk supaya byklah telur. Masalahnya ayam saya jarang kenal jagung. Hari-hari makan nasi basi kedai yg berbagai perasa(tomyam,asam pedas, pelbagai sup dll). Aktiviti dah lama, setiap hari bangun 5 pagi dan kutip sisa-sisa ni dalam tong yg tersedia dan letak tong baru. Sampai rumah pada jam 5.45 pagi, tuang ke tanah. Tong-tong dibasuh luar dalam dgn sabun-menjaga kebersihan. Sehari dpt 5-6 tong cat yg besar.

Yang makan bukan ayam sj, lembu(10 ekor) pun join sama. Lembu ni dah training makan benda ni.

Friday, August 7, 2009

Inkubator For Sale

Hari ni (7/8/09) hingga 13/7/09 cuti khas(selsema babi)-student ramai yang demam. Untuk tak boring nak buat inkubator walaupun dalam stok ada 4 buah. Dah order plywood yg siap dipotong mengikut saiz yg diperlukan. InsyaAllah hari ni siap, janji Ali- Eng Joo(cina pandai cakap melayu).

Yg boring bila keluar kena pakai topeng. Kesan SELSEMA BABI ni, harga topeng melambung naik.

Hari ni nak follow up permohonan reban ayam, biasalah kalau tak buat heboh-heboh nanti fail paling bawah sekali.

Tentang sale inkubator, dah jual 22 buah. Ada sale pada 5/7- Jamal dari Jementah, Johor & 6/7- Hasnol dari Masjid Tanah, Melaka. Semenjak iklan dalam mudah.my, bakal customer(yg talipon) ramai. Jadi kenalah stok plywood dan thermostat dll. Buat masa ni jual face to face dgn customer yg datang ambil sendiri.Nak hantar atau pos, tak buat lagi. Face to face, dapat kenal & boleh exchange maklumat. Kadang-kadang(P.RAMLEE), dtg nak beli inkubator-balik bawa inkubator dan anak ayam. Buat masa ni anak ayam, stok untuk En. Yusof dari Tangkak, Johor-dah janji.

Menepati Janji, Ibadat. Mungkir Janji , Khianat.
ALLAH HU AKBAR