xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, August 29, 2009

MONYET MELAWAT TERNAKAN

Hari ni 29/8, sang monyet melawat reban ku. Telur ayam jadi santapan. Telur hari ni dapat 7 biji sj, yg lain dah masuk perut monyet. Dah lama monyet ni tak datang. Mungkin buah-buahan dah berkurangan, jadi cari sumber makanan lain.

Pesanan orang tua ku, marah2 sikit pada monyet tu tak pe, tapi jangan maki hamun. Ni sebab mereka tu makhluk Allah juga.

Hari ada jualan inkubator kepada Shahrum & friends dari Tg Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Jualan yg ke 25 buah

No comments:

Post a Comment