xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, August 8, 2009

SYABAS BANGSAKU

Dari blog yg dah d layari, memang syok baca kejayaan bangsaku termasuk wong jowo. Yg heran mostly semua bukan dari kelulusan bidang pertanian dan penternakan . Agaknya kita ini semua jenis kecik-kecik mak beri makan ayam/itik kampung & daging(lembu/kambing) kampung yg bedal segala-galanya serta sayur & ulam yg dikutip tepi parit,sungai dll . Yg makan KFC, A&W, Burger dan sayuran baja kimia takut nak turun tanah dan bergelumang dgn najis haiwan.


Yg paling syok sekali, ramai yg umur awal 30. Maksud saya yg muda-muda masih segalanya power. Yg belum kawin-cepatlah nikah-kahwin, jangan tunggu lama-lama. Rugi teramat sangat. Don't break my record- saya nikah- kahwin umur 36 thn. Sebelum tu- ada yg saya nak dia tak nak, ada yg saya tak nak dia nak. Tu yg tak jadi. Anak buah semua dah besar-besar, anak sendiri baru Form 2 dan Darjah 5. Dua-dua hero. Abg d asrama penuh dan kalau adik ikut sama, second honeymoonlah tapi ada tanggung jawab.


Pada 7/8/09 ada sale inkubator- En. Muslim dari Alor Gajah. Stok ada 3 buah dan sedang proses yg lain.

Dlm coretan TELUR AYAM ada sebut tg LEMBU. Mula bela awal 2003- mula-mula suka-suka sbb tak payah mesin atau racun kebun ipar-ipar. Lepas tu bila mesin rumput original 4 kaki yg bergerak ni dah biak- buat kandang, habis jugalah sikit ribu-ribu. Yg puas hati bila dua-dua hero sunat dan bila dah baik, khatam Koran- buat kenduri. Sekor sembelih jadi lauk, sekor lagi jual untuk beli asam garam dll.

No comments:

Post a Comment