xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Thursday, July 23, 2009

Permohonan Bantuan Reban Ayam

Pada 29 Jun '09 telah membuat permohonan dari Jab. Perkidm.Vet. Merlimau. Sebelum ni tak pernah mohon pun. Mohon ni sbb panas hati bila dapat tahu yg dah dapat reban dan ayam masuk lipatan sejarah.

Pegawai berkenaan akan datang melawat ternakan saya dalam masa yang terdekat. Buat masa ni sibuk agaknya sbb urusan Hari dan Pameran Peladang yg akan diadakan di MWTC Melaka.Saya mohon reban shj, ayam tak mahu sbb ayam yang dibekalkan ayam kacuk.Silapnya masa mohon tak serta alamat blog & cop Pengerusi JKKK. Jadi kenalah pergi jumpa lagi sekali. Ada rahmat tu sbb boleh buat follow up.


Pada 23 Jul'09, jual 1 inkubator. Buyer ni dah beli 2 inkubator sebelum ni.


Sekarang ni sedang menyiapkan 6 buah lagi. Semenjak iklan dalam mudah.com, ramai yang call. Ni yang nak standby inkubator yang ready for sale.

Sunday, July 12, 2009

Result Experiment

Lampu Merah dan Hijau

Keputusannya sungguh best. TQ, Zali-Agro-Farm. Anak-anak ayam tu nampak ceria. Anak ayam group yang pertama dah guna lampu hijau, yang baru pula guna lampu merah.

Tak Balik Telur

Habis satu inkubator, tak jadi. Rugi tapi hati puas(NO PAIN NO GAIN).

Tentang jualan inkubator, pada 29/6 dan 10/7 ada sale. Setakat ini, since Aug'08 dah jual 20 unit. Tinggal 1 unit shj. Nak buat yang lain, kena tangguh dulu coz ada urusan keluarga.