xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, June 27, 2009

AHLI BARU


Dua jejaka baru dipinang dari kawan. Mereka akan dijadikan penjantan(baka). Sekarang ni tak boleh sbb budak mentah lagi. Bila dah pandai melawa barulah ayam jantan yang dah tua direject.

Ini adalah untuk menjaga kesihatan dan daya tahan ayam. Kalau tak buat begini nanti bapak ayam kawin dengan anak, cucu dan tak tau apa istillah lagi. Kalau manusia dah lama kena hukum sebatan dan penjara.


Ayam tua yang reject,daging dah macam plastik, disembelih dan masak dalam pressure cooker.
Ayam ni juga dijual kpd Mat Indon yang ada rahsia memasaknya. Mungkin gigi Indon macam blender hancur daging ayam yang keras .

Kalau nak baka sedemikian boleh dtg rumah, nanti boleh intai-intai jantan yang handsome. Tetapi kalau tujuan nak buat laga, sorry. Tak mau subahat. Kesian ayam dibuat wrestling.

Wednesday, June 24, 2009

Ayam Kampung

AYAM SENIOR



AYAM JUNIOR



AYAM SUPER JUNIOR


Mula bela pada 1997. Ayam ni semua yang ori kampung kacukan Siam dll. Bila jumpa baka yang kaw-kaw beli telur dan tetaskan. Yang cantik & handsome masuk catwalk, yang tak senonoh masuk kuali bila sampai masanya.

Pasaran OK. Anak ayam paling laris semenjak dua menjak ni. Agaknya ekonomi meleset & yang kena berhenti, balik kampung bela ayam kampung. Harganya RM3.00(boleh runding lagi).

Yang dewasa buat makan sendiri dan jual. Yang heran mamat Indo nak ayam tua, taji dah panjang pun ta pa. Rahsianya- masukan dua atau tiga biji kelapa sawit masa kuah tengah mendidih. Kalau yang dah try, masukkan resepi dlm Buku Chef Wan resultnya. Nyoya pula nak nak muda dan tak sombong(belum bertelur). Macam-macam ragam. Kena layan walau hati geram.

ALAT PENETAS TELUR(INCUBATOR)




Semuanya buat sendiri. 4 sedang beroperasi. Incubator ni yang penting suhu dlmnya ie suhu paras atas telur. Saya telah guna since 2002 dan telah dpt banyak hasil. Kalau nak harap ibu ayam mengeram, resultnya 0% sebab monyet akan berpesta dengan telur-telur itu. Untuk tidak menghampa mahluk Allah ni saya beri yang tak menetas-happy mereka.

Incubator ni dijual pada harga RM180 shj(tak termasuk delivery). Dapat untung sikit-sikit jadilah. Yang penting dapat kawan ramai. Dari bulan Okt'2008 hingga kini dah jual 18 unit-gunakan pelaris( harga jualan murah-murah). Kapasitinaya 70-80 biji telur.


Yang sedang gunakan alat ini-kalau nak setting temperature mesti beli clinical thermometer dan letakan 1 inci dari paras jaring letak telur. Ni samalah kalau demam, misi(nurse) letak dalam mulut bukan atas perut.

Tuesday, June 23, 2009

Ayam Kampung & Incubator

Saya telah bermula membela ayam pada tahun 1997. Masa itu pikir nak buat makan sendiri. Pernah mati semua except sepasang yg power.Putih mata tapi semangat kuat. Bangkai ayam itu buat baja-tanam je. Naik lengguh tangan. Selepas sampar itu reda mula bela balik.


Musuh tu banyak- biawaklah, monyetlah(monyet betul bukan kepala hitam-manusia). biawak dapat bunuh, guna racun. Monyet ni susah sebab pandai, cepat belajar. Kalau pergi sekolah mesti banyak yang ada PHD. Pasal tak pergi sekolah ada PHD(Pingat Hasad Dengki) juga. Habis telur yang ibu ayam sedang eram mrk kebas. Ini berlaku sekitar awal 2000 hingga sekarang. Nak settlekan problem kenalah pakai incubator.Dah pakai semenjak awal 2002.Harga RM200.
Incubator in force air incubator(ada pam angin) dan boleh muat 70-80 biji telur ayam.


Bila ayam dah banyak buat sendiri-tiru 100% tetapi tak pakai pam angin). Modify dengan tambah lubang. Sekarang ni buat bisnes sikit buat dan jual incubator- bengkel stor blkg rumah. Kalau tak percaya, kena percaya juga, harga RM180 shj tak termasuk delivery. Incubator saya betul yang photostat Zali (Masjid Tanah) , E 1 (Sungai Rambai) & Shahril ( Parit Samsu) yang dibeli di Muar. Di Tampin pun ada- depan Maybank ( ada member beritahu).


Ayam yang ada semua ori. Ayam kacukan yang dibeli di pasaran tak main sebab tiada resale value. Rasa pula tak sedap dimakan. Untuk nak dapat hasil yang baik ayam jantan yang dah tua-tiada power, kena reject. Dapat yang baru- kalau dapat dari member lain. Cari jantan yang hansome,macho dan yang penting sekali pandai mengurat dan kawin. Yang gay/pondan hadiahkan gelang berdarah di leher-sembelih.


Utk info shj, sekarang ni tengah breeding untuk supply hari raya. Duit raya yang diberi sebelum ni kpd anak buah dan anak jiran sekampung yang ada sampai 5 kali dtg adalah hasil jualan ayam. Tak kisahlah sbb dapat berkat-bila mati masuk syurga, InsyaAllah. Buat masa ni stop jual anak ayam yang dijual pada harga RM3- boleh runding. Tapi bila kena pujuk rayu kawan yang dtg jual juga tetapi sikit saja.


Info lagi, jangan buat penetasan pada bulan orang Cina sembahyang hantu.Banyak tak jadi. Agaknya hantu tu makan anak ayam yang dalam telur. Kalau percaya rosak akidah.
Tetapi cuba studi ikut bulan Islam, bulan manakah penetasan tak memuaskan. Orang Pejabat Perhilitan boleh dirujuk kenapa mengeluar permit memburu pada masa/tempuh tertentu.


Masa ini tengah experiment
(i) tentang warna lampu merah, hijau & biru untuk anak ayam sbg mana yang terdpt
dalam blog Zali(Masjid Tanah).
(ii) Tidak perlu pusingkan telur dlm incubator sbb muak pegang telur all the time.


Okeylah, time to rest(penting sbb umur sudah 1/2 abad ++.

MOTTO : MAKAN BIAR LEBIH, TIDUR JANGAN KURANG, HATI SENANG