xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Tuesday, June 23, 2009

Ayam Kampung & Incubator

Saya telah bermula membela ayam pada tahun 1997. Masa itu pikir nak buat makan sendiri. Pernah mati semua except sepasang yg power.Putih mata tapi semangat kuat. Bangkai ayam itu buat baja-tanam je. Naik lengguh tangan. Selepas sampar itu reda mula bela balik.


Musuh tu banyak- biawaklah, monyetlah(monyet betul bukan kepala hitam-manusia). biawak dapat bunuh, guna racun. Monyet ni susah sebab pandai, cepat belajar. Kalau pergi sekolah mesti banyak yang ada PHD. Pasal tak pergi sekolah ada PHD(Pingat Hasad Dengki) juga. Habis telur yang ibu ayam sedang eram mrk kebas. Ini berlaku sekitar awal 2000 hingga sekarang. Nak settlekan problem kenalah pakai incubator.Dah pakai semenjak awal 2002.Harga RM200.
Incubator in force air incubator(ada pam angin) dan boleh muat 70-80 biji telur ayam.


Bila ayam dah banyak buat sendiri-tiru 100% tetapi tak pakai pam angin). Modify dengan tambah lubang. Sekarang ni buat bisnes sikit buat dan jual incubator- bengkel stor blkg rumah. Kalau tak percaya, kena percaya juga, harga RM180 shj tak termasuk delivery. Incubator saya betul yang photostat Zali (Masjid Tanah) , E 1 (Sungai Rambai) & Shahril ( Parit Samsu) yang dibeli di Muar. Di Tampin pun ada- depan Maybank ( ada member beritahu).


Ayam yang ada semua ori. Ayam kacukan yang dibeli di pasaran tak main sebab tiada resale value. Rasa pula tak sedap dimakan. Untuk nak dapat hasil yang baik ayam jantan yang dah tua-tiada power, kena reject. Dapat yang baru- kalau dapat dari member lain. Cari jantan yang hansome,macho dan yang penting sekali pandai mengurat dan kawin. Yang gay/pondan hadiahkan gelang berdarah di leher-sembelih.


Utk info shj, sekarang ni tengah breeding untuk supply hari raya. Duit raya yang diberi sebelum ni kpd anak buah dan anak jiran sekampung yang ada sampai 5 kali dtg adalah hasil jualan ayam. Tak kisahlah sbb dapat berkat-bila mati masuk syurga, InsyaAllah. Buat masa ni stop jual anak ayam yang dijual pada harga RM3- boleh runding. Tapi bila kena pujuk rayu kawan yang dtg jual juga tetapi sikit saja.


Info lagi, jangan buat penetasan pada bulan orang Cina sembahyang hantu.Banyak tak jadi. Agaknya hantu tu makan anak ayam yang dalam telur. Kalau percaya rosak akidah.
Tetapi cuba studi ikut bulan Islam, bulan manakah penetasan tak memuaskan. Orang Pejabat Perhilitan boleh dirujuk kenapa mengeluar permit memburu pada masa/tempuh tertentu.


Masa ini tengah experiment
(i) tentang warna lampu merah, hijau & biru untuk anak ayam sbg mana yang terdpt
dalam blog Zali(Masjid Tanah).
(ii) Tidak perlu pusingkan telur dlm incubator sbb muak pegang telur all the time.


Okeylah, time to rest(penting sbb umur sudah 1/2 abad ++.

MOTTO : MAKAN BIAR LEBIH, TIDUR JANGAN KURANG, HATI SENANG

1 comment:

  1. salam. Masih aadakah ;agi incubator untuk dijual? Berapa harganya?

    ReplyDelete