xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Thursday, February 9, 2012

12 EKOR SAHAJA

Kesan sampar dah hampir over. Alhamdulillah tinggal 12 ekor je. InsyaAllah akan meriah semula reban ayam bila ayam yang ada membiak.


Terbaharu rumah  diserang monyet. Dah over betul spesis ni, masuk ke rumah makan manggis dan pisang. Dah call Perhilitan, renjer dah datang survey dan akan hantar jerat/jebak.

Monday, January 30, 2012

SAMPAR MELANDA.... REBAN SUNYI

Tinggal beberapa ekor je, InsyaAllah.  Mula kena since Thursday(26/1) . Sebelum ni ramai jiran yg kena.

Mungkin tiada rezeki walau pun usaha pencegahan dengan memberi vaksin yang disediakan oleh Vet Merlimau, Melaka. Vaksin ini dalam bentuk makanan(gandum berwarna hijau).




Tuesday, September 27, 2011

Egg Turning

Dulu egg turning  2 kali sehari, now 3 kali sehari selepas dapat feedback dari beberapa customer. Resultnya better. 

Ada seorang customer atas advice rakan yg rajin membaca dan yg dah hadir kursus, tak buat egg turning 5 hari pertama dan 3 hari terakhir. Resultnya mengecewakan. Frust betul dia. Now dia buat 3 kali sehari. InsyaAllah 3 minggu lagi dapat feedback.

Sunday, September 11, 2011

PINDAH MILIK

9 induk ( 1 jantan dan 8 betina ) jual kepada Zali Agro Farm. Harga special. Sekarang reban agak sunyi. Yang bising-bising anak ayam. InsyaAllah bila anak ayam dah besar tak can rumput tumbuh. Ayam ni bila nak let go timbang kilo.

Ayam Siam Ori ( member punya ) induk ada 4 ( 1 jantan 3 betina ), anak lak 18 ekor pelbagai size. Ni pula jual sekor sekor. Marketing Officer ayam siam ni Kapten (B) Tahir sbb dia punya ayam

Tuesday, September 6, 2011

TAK SANGKA

Ayam tua habis dijual. Tak sangka permintaan ayam tua best sekali hari raya lepas. Yang tinggal ibu ( 14 ekor ) jantan 2 ekor. Anak-anak ayam sebagai back up OK .

Yg ibu nak beri rakan ternak 8 ekor. Member ni ayam dia stok dah sikit sebab masalah sakit. InsyaAllah bila anak ayam dah besar baru boleh iklan untuk jualan.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, July 30, 2011

SELAMAT BERPUASA

Beza rakan ternak dengan ternak OTAK + AKAL, HAIWAN OTAK JE. Tak puasa kalu samalah manusia dengan haiwan. Macam ceramah ustaz sbb dah kerja di SABK

Lama tak menulis coz busy dengan tugas baru di tempat baru. Sekarang dah jadi GKMP (Cikgu + Cikgi mesti tau maksudnya.) Sekolahnya lak SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Tambahan murid semua pompuan yg cun cun. Byk senang kerja tapi kena meeting selalu.

Ayam menopause nak lelong RM10 sekor. Ada +-30 ekor.  Nak breed ayam kampung yg segar bugar lepas raya nanti.  Juga nak breed ayam siam ori (member tumpang reban)


Friday, May 20, 2011

SIREH SEBAGAI PENAWAR

Blog Banen  Aku Penjual Ayam (21/3/11) hal "sireh hutan". Lepas baca entri why not cuba sireh yang ada dikeliling kita. Saya letakkan sehelai sireh dalam brooder, resultnya ayam segar.Agaknya coz of aroma sireh. Jangan letak banyak takut nanti lain pula kesannya.

So now saya beri minum air sireh( every 4 lire air ramaskan sehelai je) every 3 week.

Terbaru ada sekor ayam jantan siam (ori) yang kawan tumpang ( 1 jantan 3 betina), kakinya lemah. Jadi suapkan sireh muda. Alhamdulillah dah mula kuat. Dah mula naik tempat tidur asal.

Ada member kata dah keluar TV, sireh can cure cancer and bersihkan toxic badan.Channel mana dia tengok tak tanya lak.