xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Wednesday, August 12, 2009

PREMIS PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG




Ni adalah sebahagian dari ayam ku. Sorrylah ambil gambar ni tak clear sbb masa makan ayam ni tak boleh diganggu. Yg ada bekas air tu tempat ayam super junior





Ni pula banglo ayam ku. Pandangan dari depan dan belakang Gambar yg pertama ada rest house lembu 10 ekor. Lembu tak de dlm rest house-tengah riadah. InsyaAllah ia akan bertambah, bila pencen nanti makan hasil lembu dan ayam. Bela lembu ni kira rugi, nak makan daging kena beli tapi kalu ayam, nak makan sembelih je.
Gambar yg ketiga, reban kecik belakang sekali adalah tempat ayam junior.


Ni gambar inkubator yg siap dan inkubator yg WIP(Work In Progress). Letak botol dan bekas telur bukan promo tapi nak bagi nampak saiz inkubator tu sbb ramai yg tanya saiznya. Inkubator ni semua guna thermostat Rainbow- Made in Korea.



Ni pula inkubator dan bengkel ku. Bengkel ni 3 in 1(stor,tempat pengeraman & tempat buat inkubator). Ruang untuk buat inkubator hanya 6 kaki x 9 kaki. Yg nampak lampu merah tu dalam ada anak ayam yg baru menetas. Tak biarkan dlm inkubator untuk jaga kebersihannya.Yg atas tu 2 dari 4 inkubator yg sedang digunakan. Plywood yg bertindih tu bahan inkubator, nak pasang tak de ruang nak simpan.
Inkubator ada sale pada 9/8- En. Sarudin, Merlimau, Melaka. Dah jual 24 buah. Stok 5 buah.

1 comment: