Akhir-akhir ni, ayam-ayam dah boikot tak nak telur. Sehari hanya 5-6 biji saja. Ni perkara biasa sbb ayam betina tengah period-org pompuan sorrylah. Nanti bila dah tamat bertelurlah.
Ada makcik nasihat, pumpkan jagung byk-byk supaya byklah telur. Masalahnya ayam saya jarang kenal jagung. Hari-hari makan nasi basi kedai yg berbagai perasa(tomyam,asam pedas, pelbagai sup dll). Aktiviti dah lama, setiap hari bangun 5 pagi dan kutip sisa-sisa ni dalam tong yg tersedia dan letak tong baru. Sampai rumah pada jam 5.45 pagi, tuang ke tanah. Tong-tong dibasuh luar dalam dgn sabun-menjaga kebersihan. Sehari dpt 5-6 tong cat yg besar.
Yang makan bukan ayam sj, lembu(10 ekor) pun join sama. Lembu ni dah training makan benda ni.
No comments:
Post a Comment