xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Saturday, August 15, 2009

PESTA MAKAN MEE

Hari ni(15/8) ayam dan lembu puas makan mee. Pembuat dan pembekal mee d kampung ku beri mee yg reject. Kesian sbb tak laku kerana byk sekolah yg tutup emergency seminggu. Student ramai demam. Ini semua kesan selsema babi.

Dah byk kilo juga dia hantar-hari ni paling byk. Ni baik org Melayu, beri free shj. Yg best tu d hantar ke rumah semuanya. Yg suspen nanti, lepas ni nanti ayam dan lembu tu demand nak makan mee sj.

Bulan puasa tak lama lagi. Kuranglah supply sisa makanan nanti. Masa tu kenalah stok hampas kelapa kering,PKP(lembu) dan jagung ayam. Selalu bulan puasa sampai 2 bag(45-50 kilo) jagung d perlukan supaya ayam tu gebu-gebu bila d jual masa nak raya.

No comments:

Post a Comment