xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Monday, August 24, 2009

TELUR AYAM 2/JUALAN AYAM

Collection telur ayam makin memberangsangkan. Dah mula nak dapat+-20 biji sehari. Meriahlah inkubator. Sebelum ni inkubator direhatkan. Riuhlah bunyi anak ayam,InsyaAllah. Ni sementara je, kerana dah promis nak jual anak ayam. Baru-baru dah jual 43 ekor anak ayam umur 2 minggu. Yg ada ni nak simpan sikit buat pelapis.

Ayam dewasa, masa terdekat nak let go. Dah janji dgn peraih. Masalah peraih ni nak kena tunggu payment. Dia supply ayam ke restoren dan hotel. Baru tahun ni dia dapat kontrak ni. Kalau tak confirm nanti, kena call peraih yg lain. Inilah kalau nak business kena ramai kenalan.

Dalam bulan puasa supply sisa makanan merosot. Ayam di beri makan jagung-bila dah kena beli jagung baru tau mahal harganya. Satu beg besar 50 kilo-RM48. Selalunya tak cukup untuk sebulan. Ikut nasihat Tok Guru, berdosa menyeksa haiwan, salah satu darinya tidak memberi makan yang secukupnya.

Lembu beri PKP - 50 kilo-RM30.

Tiada sale inkubator, customer kena bajet -puasa dan raya. Stok ada 5 buah.

HAIWAN TAK PUASA.MANUSIA TAK PUASA SERUPALAH.................

No comments:

Post a Comment