xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Wednesday, September 16, 2009

ANAK AYAM RAMADHAN /TUMBUHAN HERBA

ANAK AYAM RAMADHAN

Anak ayam ni bukan spesis baru. Beri nama Ramadhan sebab tetas dlm Bulan Puasa. Semuanya nak jual(Hari Raya ke 3) kat member Tangkak-lama dah janji. Dia nak borong semua yg ada.


TUMBUHAN HERBA

Tumbuhan ni untuk personal consumption. Daun lebihan akan diberi pada ayam dan lembu sebagai ubat asli tanpa bahan kimia. Hempedu ular memang kerap saya masukkan dlm minuman ayam. Ayam dan lembu dikira organiklah tapi label organik ditarik balik sbb sisa makanan yg diambil dari kedai ada pelbagai perasa(tomyam, ajinomoto ................... dll).

Minat menanam ni ada tapi kadang-kadang guna konsep 3T(Tanam, Tinggal, Tuai).
Tumbuhan yg ada HEMPEDU BUMI/ULAR, PATAWALI, DAUN SEMBUNG(capa/telinga kerbau), SIREH, DAUN KADUK, ULAM RAJA, TEMBAGA SUASA, LIDAH BUAYA, MISAI KUCING, BELIMBING BULUH, DAUN KARI, SERAI, Spesis yang ada rizom (KUNYIT, HALIA, LENGKUAS, CEKUR). LIMAU KASTURI, LIMAU PURUT. Ni tak termasuk rumput rumpai pelbagai jenis, lalang, duri semalu dll. He,He,He. Yang ada gambar ialah yg ramai tak berapa kenal.


DAUN SEMBUNG

PATAWALI


PECAH BELING

DAUN PUDING

MISAI KUCING

TEMBAGA SUASA

Tumbuhan ni semua boleh dimakan kecuali tembaga suasa. Daun ni digunakan utk membalut tempat yg seliuh, patah selepas diurut. Sapu sedikit minyak urut dan layur/panas daun itu, kemudian balut tempat yg sakit.InsyaAllah akan cepat sembuh. Pengunaan daun yg lain boleh dapat info dari orang suruhan Pak Google. Daun Sembung dikatakan elok di beri kpd lembu dan kambing utk ubat cacing. Yg saya tahu buat utk mandi lepas bersalin(org pompuan da..) dan yg lain selepas demam. Daun Puding org Nogori Sembilan masukan dalam rendang ayam atau daging, sedaaaaap......... .

Sekiranya coretan-coretan ku membuat anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dll meluat, menyampah, batuk, demam, muntah sampai terkeluar isi perut. Maafkanlah saya ni supaya hidup ni sentiasa dalam keberkatan ALLAH.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA ANDA SENTIASA DIBERKATI ALLAH
HIDUP SENANG, MATI PUN SENANG

No comments:

Post a Comment