xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Tuesday, November 10, 2009

RECYCLE / KITAR SEMULA

Kotak plastik ialah bekas kotak buah.Bila customer beli anak ayam, kena charge extra RM0.50 je setiap kotak plastik. Kotak plastik ni bukan dapat free tapi beli dari peniaga buah. Idea nak pakai ni timbul bila nak jual anak ayam tak de kotak. Tambahan kalau kotak kertas, lemas anak ayam tu bila jumlah banyak. Jika kotak tu digunakan utk packing sabun, gol pula anak ayam- hidu bau sabun.

Bila dah bawa balik anak ayam, kotak plastik ni boleh digunakan untuk tempat ayam bertelur(recycle lagi). Seronok ibu ayam, tak panas - aircon semula jadi.

Ada pula yg nak beli extra- nak buat bekas baju anak-anak. Jimat alasannya sebab jauh lebih murah banding dengan bekas plastik yg beli di shoping center.

Idea recycle ni dah lama-semenjak mula menternak. Kotak tempat ayam bertelur yg sedia ada diperbuat dari kotak kayu limau mandarin. Jadi pada masa tu buatlah muka tak malu minta dari peniaga. Sekarang ni dah tak jumpa sebab semua dah pakai kertas.

Recycle ni pada masa ni heboh je lebih, result atau kesannya tak seberapa.

Recycle ni orang tua dulu-dulu dah lama buat. Tak heboh pun. Masa dulu kain batik atau pelikat terpakai dijadi alas kaki. Kalau disambung antara satu sama lain boleh jadi selimut - colourful/warna warni. Bila guna waktu tidur akan terbayang yg indah-indah dan mimpi pun warna-warni.

Masa study dulu kain selimut ialah kain rentang yg expire. Jadi masa tu kain selimut sentiasa bertukar, macam lampin pakai buang. HeHeHe. Bukan apa, tak nak membazir. Tambahan waktu tu susah. Sekarang ni bakal cikgu-cikgi mewah, negara bertambah maju.
ALHAMDULILLAH

SENTIASA BERSYUKUR

DAPAT BERSYUKUR, TAK DAPAT PUN BERSYUKUR
macam ustaz lak

No comments:

Post a Comment