xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Wednesday, October 28, 2009

4 TUMBANG OLEH RENJER

.
4 monyet yg tumbang adalah kecekapan Renjer Azahari dan Encik Marid Hassan (sori kalau salah ejaan), dari Pej. Perhilitan, Melaka. Mereka ni datang serampang dua mata. Selain dari mengambil yg terperangkap, sentiasa bersedia utk menembak yg lain.

SYABAS/WELL DONE/TERIMA KASIH.

Selama ni SALAH TANGGAPAN tentang tugas anggota Pej. Perhilitan terutama Renjer. Tugas bukan tembak monyet dan babi je tapi banyak yg lain. Mereka kena masuk hutan bila diperlukan dan macam-macam lagi. Kawasan kawalan mereka satu Melaka. Tulah bila dah tembak mereka tinggal je, no time nak cari bangkai tu. Jadi penduduk kena beri kerjasama. Kalau babi kena call orang Cina, gerenti berlari mereka datang. Kalau monyet kena call orang Asli- ni problem besar. Bukan kerana mereka tak de handphone tapi mereka tak nak. Reason, monyet dah kacuk, tak ori. He He He.

Betulnya yang tumbang 5, 4 tempat saya dan 1 lagi yg berhampiran. Hari ini jadi PRO bawa pegawai keliling kampung. Nak claim kat JKKK malu walaupun khidmat untuk satu kampung. InsyaAllah ada balasan.

BUAT BAIK BALASAN BAIK

Collection telur 24 biji sebab monyet tak sempat nak kidnap telur tu dah tersungkur. Tapi telur dah dikidnap oleh En. Faiz yg beli inkubator.

SORRY LE, TAK DE GAMBAR. YANG TUMBANG SEMUA DALAM SEMAK. SILAP LANGKAH JUMPA BENDA LAIN.

No comments:

Post a Comment