xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Friday, March 19, 2010

CUTI-CUTI & ZIARAH ORANG TUA

Masa ni berada di rumah kakak di Subang Jaya. Adik beradik(4org) -3 di SJ,USJ dan Subang Permai, Abg di Batu Caves. saya seorg je di Melaka. Org tua tinggal bersama kakak dan adik perempuan.

Walau pun bercuti handphone tetap "on". Baru sekejap terima call dari Kepis, N.S. nak ambil inkubator-kena tangguh ke Sabtu sbb balik petang ni.

Bila baca blog CITYPULL, geram rasanya sbb pernah mengalami yg sama. Masa tu orang atau ...... ni nak share ternak lembu. Bila dengar syarat-syaratnya mula nak muntah depan dia supaya dia tahu muntah org miskin dgn org kaya sama je. Bila saya tetap sharing of profit secara Islam, tercegang kawan tu. Last sekali terkeluar dari mulut saya "you keep your money to yourself","Money is not everything but everything needs money" sbb member speaking berabuk. Hingga hari ni tak nampak btg hidungnya.

Secara peribadi, jatuhnya lintah,cacing dan keli sebab market yg dikawal oleh bangsa ........... (faham-faham le). Ayam kampung ni since 1997 saya berani cakap sentiasa tak cukup supply. Kalau ada kawan nak market ayam kampung call saya.InsyaAllah member ni akan borong.

Mula dari hari tu saya berazam biarlah jatuh bangun ternakan hasil titik peluh sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

TESTIMONI / TEMPAHAN INKUBATOR

16/3 jam 6.30 ptg terima call dari En. Zul (Tg Ipoh, Kuala Pilah, N.S.) ,"Bang nak order lagi satu inkubator, inkubator sedang digunakan 80% menetas." Masa tu rasa bangga, rasa macam tak jejak kaki ke tanah. Nasib baik masa tu pakai seluar, kalau pakai kain dah terlondeh. Nilah satu kepuasan yg tak terhingga.

Bila rasa kaki dah jejak tanah, teringat coretan kawan-kawan blog lain tentang % tetasan.3 main factor:
i) Disiplin pemilik inkubator (ii) inkubator yg baik (iii) fertility telur.

En. Zul dah rekomen kat kawannya. TQ semoga Allah membalas jasanya.

Inkubator ni dapat order yg mengalakkan. Order ni dari:
i) En Yus ( Rantau, N.S.) - 10 unit
ii) En Hamzah (Kepis, N.S) - 1 unit (dah ambil 20/3) - tempah lagi 2 unit.
iii) En Zul (Tg. Ipoh, N.S) - 1 unit
iv) En Zul (Terachi, N.S) - 1 unit
v) En Zahri (Muar,Johor) - 1 unit (dah ambil- 19/3)
vi) Kapten(B) Tahir ( Paya Dalam, Melaka) - 2 unit
vii) WakDarsuki-Proses Ayam(Paya Dalam, Melaka) - 1 unit

(Yus, Hamzah, Zul-Tg Ipoh, adalah customer lama HOME)
Alhamdulillah, rezeki.

Bila buat survey, harga RM180 menjadi daya tarikan utama. So menjadilah pelaris "NAK LARIS KENA JUAL HARGA MURAH-MURAH"

Stor @ bengkel @ tempat proses pengeraman dah limited space. Nak baring/relax2 kena hati-hati(takut terantuk kepala kat bucu inkubator).

Friday, March 12, 2010

INFO TERBARU

Ini ada berita baik. Melalui perbualan dgn Shahril, adalah lebih baik inkubator dibuka selama 15 minit setiap pagi. Ini sama dengan masa ibu ayam yg turun makan dan meninggalkan telur. Perlu dilakukan supaya telur dapat fresh air. Belum try lagi cuma nak heboh-heboh je.

Perkembangan inkubator 3 tingkat. Dah siap tapi terdapat perbezaan suhu 0.5 darjah celcius tray bawah dgn 2 tray di atas. Anyway cuba juga masukkan telur( telur free-ayam sendiri). Gambarnya tiada sebab yg ambil gambar(anak) letih.

Penetasan telur ayam merosot. Tak tau le apa sebabnya. Baka ayam yg ada OK sebab bapak dan betina power-power. Mungkin sbb cuaca panas atau sbb modify reban dan kawasan(mengganggu emosi ayam).

Sunday, March 7, 2010

KEMBALI LAGI/ MASIH BERNAFAS

Dah lama tak update blog. Sebabnya busy betul. Busy dengan tugas fulltime(mengajar) dan part time- buat inkubator, repair reban etc.

Dalam busy-busy tu layan juga kawan yg datang. Ni ada good news utk kawan-kawan. Saudara Khairol(customer) inform ayam dia dah OK dari penyakit. Alhamdulillah. Ubat yg diguna ialah daun hempedu ular@bumi@akar. Member kerja d Muar tapi tinggal d Serkam, Melaka.

Kami dah plan nak pergi ke Bukit Gambir dan Muar. Bukit Gambir nak beli nak ayam dari Apek penternak ayam. Muar pula nak beli dedak Gold Coin sbb d sana murah by RM10 per 50kg bag. Dedak ni is the best in the market esp untuk anak ayam.

Now dalam proses modify inkubator. Nak buat 3 tray yg total kapasiti +-200 biji telur. Frame dah lama siap. Asyik delay je sbb layan tempahan customer yg nak inkubator +-70 biji. Ni sepesen tukang rumah dulu-dulu, rumah org buat cantik-cantik tapi rumah sendiri lambat siap.