xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Wednesday, October 28, 2009

4 TUMBANG OLEH RENJER

.
4 monyet yg tumbang adalah kecekapan Renjer Azahari dan Encik Marid Hassan (sori kalau salah ejaan), dari Pej. Perhilitan, Melaka. Mereka ni datang serampang dua mata. Selain dari mengambil yg terperangkap, sentiasa bersedia utk menembak yg lain.

SYABAS/WELL DONE/TERIMA KASIH.

Selama ni SALAH TANGGAPAN tentang tugas anggota Pej. Perhilitan terutama Renjer. Tugas bukan tembak monyet dan babi je tapi banyak yg lain. Mereka kena masuk hutan bila diperlukan dan macam-macam lagi. Kawasan kawalan mereka satu Melaka. Tulah bila dah tembak mereka tinggal je, no time nak cari bangkai tu. Jadi penduduk kena beri kerjasama. Kalau babi kena call orang Cina, gerenti berlari mereka datang. Kalau monyet kena call orang Asli- ni problem besar. Bukan kerana mereka tak de handphone tapi mereka tak nak. Reason, monyet dah kacuk, tak ori. He He He.

Betulnya yang tumbang 5, 4 tempat saya dan 1 lagi yg berhampiran. Hari ini jadi PRO bawa pegawai keliling kampung. Nak claim kat JKKK malu walaupun khidmat untuk satu kampung. InsyaAllah ada balasan.

BUAT BAIK BALASAN BAIK

Collection telur 24 biji sebab monyet tak sempat nak kidnap telur tu dah tersungkur. Tapi telur dah dikidnap oleh En. Faiz yg beli inkubator.

SORRY LE, TAK DE GAMBAR. YANG TUMBANG SEMUA DALAM SEMAK. SILAP LANGKAH JUMPA BENDA LAIN.

Wednesday, October 21, 2009

PENYAMUN TELUR AYAM


Monyet diperangkap dgn menggunakan perangkap yg dibekalkan oleh Pejabat Perhilitan Melaka. Ptg tadi pegawai mereka dah ambil monyet ni. InsyaAllah yg lain akan dapat ditangkap juga. Ada cadangan nak racun je tapi tak sampai hati. Mungkin akan dtg bila terlampau teruk barulah buat.
22/10 dapat seekor, 27/10 dapat seekor

Nak dapat perangkap ni kena Q, ramai yg memohon. Ni menunjukkan menganas betul.

Kutipan telur teruk merosot dalm tempuh 2 minggu yg lepas. Tak de langsung pun ada. Ni yg pening kepala sbb dah janji nak jual anak ayam, maka tu kenalah explain baik-baik supaya member tak kecil hati. Saya berniaga cara "play safe", customer di beritahu tak berani nak janji boleh supply kalau minta banyak.

Thursday, October 8, 2009

AYAM REMAJA BARU / MENU HARIAN

AYAM REMAJA BARU

Pada 7/10(Wed) hantar inkubator ke Jasin. Rumah abang ni ayam cantik-cantik. Deal nak beli 2 ekor ayam jantan. Selepas akad jual beli inkubator dgn harga RM 180(transport free of charge - 50 km pergi balik), tanya harga 2 ekor ayam ni. Jawapannya bagi free je. Terperanjat besar. Walau pun nak di bayar dia tak mahu. Ni agaknya balasan di dunia "Buat Baik Dibalas Baik".

Ayam ni masih budak lagi. Seekor jinak dan dah ada member berkenaan. Tapi sorry tak jual sebab ni ada pemberian ikhlas Abang tu. InsyaAllah kedua-duanya akan dijadikan penjantan.


MENU HARIAN

Dlm menu ni macam-macam ada. Yg tiada benda haram tu. Tulah sbb kenapa tak nak ambil Restoren kawan Cina walau pun offer baik. Ni nak jaga kesucian binatang ternakan.

BUKAN BERSIH SAHAJA TETAPI MESTI SUCI

Hari ni (10/10) dapat sisa makanan dari sebuah restoren lagi. Restoren yg asyik kena sabotaj nak kensel terus. Tong pun dah diambil. Biarlah yg selama ni yg curi tu ambil terus. Diharap dia boleh siapkan tong yg bersih setiap hari. Sampai bila dia nak buat kerja ni-masa yg menentukan.