xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Wednesday, December 5, 2012

MASIH MENTERNAK / SABAH SNAKE GRASSS

Dah lama tak up date, tapi selalu jenguk blog yang lain.

Saya masih lagi menternak dan membuat/menjual inkubator(alat penetasan). Masalah sekarang, orang yang supply plywood yang siap dipotong mempunyai masalah pekerja. Banyaklah kerja saya yang tertangguh. 

Post saya pada 27 April 2011 Ahad(24/4) tentang  SABAH SNAKE GRASS @ BELALAI GAJAH. Nama saintifiknya Clinathanus Nutans. InsyaAllah saya akan menanam pokok berkenaan. Kakak yang bercuti di Sabah akan membawa balik benihnya. Mengikut rakannya disana pokok/daun dijual pada harga lebih dari RM50 sekilo.

InsyaAllah jika berjaya saya tanam pokok berkenaan akan saya masukkan blog ini. Jika ia tumbuh dengan banyak akan diedarkan kepada yang memerlukanya free of charge(Saham Akhirat).

  


Monday, May 14, 2012

TAHNIAH

Ni cerita bab HOKI.  Pasukan Remaja Malaysia johan setelah tewaskan Pakistan. TAHNIAH

Saya dan isteri (tak minat hoki) berada di stadium perlawanan Msia dengan Iran dan Korea je. Game lain tonton di rumah. Anak (Ting 2 Mozac) berada di stadium untuk semua perlawanan Msia sbb jadi kumpulan sorak untuk pasukan Msia. Yang best kejohanan ni sekolah-sekolah tertentu akan menjadi kumpulan sorak untuk semua negara yg mengambil bahagian.

Game hoki sekarang jauh berbeza dengan zaman saya main (1971-1977 sekolah menengah). Bila tonton game ni terkenang zaman sekolah dulu, usung kayu bengkok setiap hari sebab minat. Nak main untuk sekolah tak pandai ( kalau ada pasukan ke 4 Malacca High School , baru jadi first 11 ). Di Maktab Perguruan main first 11.

Yg paling sedih padang rumput hoki Malacca Club( salah satu padang rumput yg terbaik Msia) tempat kami bermain telah di ubah menjadi Memorial Kemerdekaan. Padang ni banyak melahirkan ramai pemain Melaka dan Negara seperti Mirnawan Nawawi - Pengurus Pasukan Remaja Msia.  Kampung Banda Kaba dan kawasan berhampiran semua generasi tau tentang hoki.   Satu kampung tau undang-undang  hoki.

Sedih, sedih sedih ........  Dua "public field", Padang Hoki , Malacca Club,  Padang Bola, Padang Pahlawan(Banda Hilir) dalam lipatan sejarah. Generasi sekarang tau MP (Mahkota Parade Melaka).

Thursday, February 9, 2012

12 EKOR SAHAJA

Kesan sampar dah hampir over. Alhamdulillah tinggal 12 ekor je. InsyaAllah akan meriah semula reban ayam bila ayam yang ada membiak.


Terbaharu rumah  diserang monyet. Dah over betul spesis ni, masuk ke rumah makan manggis dan pisang. Dah call Perhilitan, renjer dah datang survey dan akan hantar jerat/jebak.

Monday, January 30, 2012

SAMPAR MELANDA.... REBAN SUNYI

Tinggal beberapa ekor je, InsyaAllah.  Mula kena since Thursday(26/1) . Sebelum ni ramai jiran yg kena.

Mungkin tiada rezeki walau pun usaha pencegahan dengan memberi vaksin yang disediakan oleh Vet Merlimau, Melaka. Vaksin ini dalam bentuk makanan(gandum berwarna hijau).