xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Thursday, October 28, 2010

INFO PERMOHONAN REBAN

Atas pertanyaan rakan ternak. Ni dia surat permohonan yg dihantar. selain tu ada gambar reban dan ayam utk support permohonan.

Razali Bin Ali
JA 6110 KM 13
Jalan Bukit Tembakau
Umbai                                                                  Tel : 012-2512827
77300 Melaka                                                              

29 Jun 2009

Tuan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Merlimau
Melaka

Tuan

MEMOHON BANTUAN REBAN AYAM DAN YANG BERKAITAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan, saya telah menjalankan penternakan ayam kampong semenjak              
tahun 1997. Sehingga kini penternakan  ini di jalankan secara persendirian dengan modal yang kecil tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Bantuan dari pihak tuan sangat saya harapkan supaya penternakan ini lebih sistematik dan mendapat  kejayaan. Reban yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah ayam kampong terutama ayam yang dewasa dan anak ayam yang berusia 2 bulan.

4.     Saya menggunakan alat penetas telur yang dibina sendiri. Jumlah alat yang digunakan ialah sebanyak 4 buah. Setiap alat ini berkapasiti 70 hingga 80 biji telur ayam.

5.     Reban pula dibina berasingan. Anak ayam antara 1 hingga 3 minggu dikurung didalam reban (ibu tiruan) yang kecil menggunakan kuasa lampu sebagi sumber haba. Selepas 3 minggu ia dimasukkan ke dalam reban yang lebih besar sehingga ia berusia 6 minggu.Selepas 6 minggu anak ayam ini dilepaskan. Waktu ini persaingan antara ayam yang lebih dewasa ujud terutama ruang reban.

6.     Besar harapan saya agar permohonan ini diberi pertimbangan yang sewajarnya yang sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(Razali bin Ali)

s.k.          JKKK Bukit Tembakau.         (Tanda tangan serta sokongan JKKK diperlukan)

2 comments:

  1. seronok kalau dapat nie..peja harap abang akan dapat bantuan tu..

    ReplyDelete
  2. info ni sangat membantu..t.kasih tuan razali

    ReplyDelete