16/3 jam 6.30 ptg terima call dari En. Zul (Tg Ipoh, Kuala Pilah, N.S.) ,"Bang nak order lagi satu inkubator, inkubator sedang digunakan 80% menetas." Masa tu rasa bangga, rasa macam tak jejak kaki ke tanah. Nasib baik masa tu pakai seluar, kalau pakai kain dah terlondeh. Nilah satu kepuasan yg tak terhingga.
Bila rasa kaki dah jejak tanah, teringat coretan kawan-kawan blog lain tentang % tetasan.3 main factor:
i) Disiplin pemilik inkubator (ii) inkubator yg baik (iii) fertility telur.
En. Zul dah rekomen kat kawannya. TQ semoga Allah membalas jasanya.
Inkubator ni dapat order yg mengalakkan. Order ni dari:
i) En Yus ( Rantau, N.S.) - 10 unit
ii) En Hamzah (Kepis, N.S) - 1 unit (dah ambil 20/3) - tempah lagi 2 unit.
iii) En Zul (Tg. Ipoh, N.S) - 1 unit
iv) En Zul (Terachi, N.S) - 1 unit
v) En Zahri (Muar,Johor) - 1 unit (dah ambil- 19/3)
vi) Kapten(B) Tahir ( Paya Dalam, Melaka) - 2 unit
vii) WakDarsuki-Proses Ayam(Paya Dalam, Melaka) - 1 unit
(Yus, Hamzah, Zul-Tg Ipoh, adalah customer lama HOME)
Alhamdulillah, rezeki.
Bila buat survey, harga RM180 menjadi daya tarikan utama. So menjadilah pelaris "NAK LARIS KENA JUAL HARGA MURAH-MURAH"
Stor @ bengkel @ tempat proses pengeraman dah limited space. Nak baring/relax2 kena hati-hati(takut terantuk kepala kat bucu inkubator).
Salam,
ReplyDeleteteruskan usaha kau, hasil org melayu memang diperlukan skrg ni.
kita sepatutnya menggunakan kesempatan ini kerana kita la yg paling byk kuasa beli utk produk2 yg berkaitan dgn penternakan dan makanan ni.
Aku memang berminat sgt dgn bidang penternakan dan pertanian ni, tapi cuma utk keperluan sendiri, bidang yg aku ceburi skrg memang semata2 hanya utk mencari rezeki yg halal, bukan kerana minat, beruntunglah klu seseorang tu dapat menjadikan minatnya sebagai mata pencarian.