xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Sunday, March 7, 2010

KEMBALI LAGI/ MASIH BERNAFAS

Dah lama tak update blog. Sebabnya busy betul. Busy dengan tugas fulltime(mengajar) dan part time- buat inkubator, repair reban etc.

Dalam busy-busy tu layan juga kawan yg datang. Ni ada good news utk kawan-kawan. Saudara Khairol(customer) inform ayam dia dah OK dari penyakit. Alhamdulillah. Ubat yg diguna ialah daun hempedu ular@bumi@akar. Member kerja d Muar tapi tinggal d Serkam, Melaka.

Kami dah plan nak pergi ke Bukit Gambir dan Muar. Bukit Gambir nak beli nak ayam dari Apek penternak ayam. Muar pula nak beli dedak Gold Coin sbb d sana murah by RM10 per 50kg bag. Dedak ni is the best in the market esp untuk anak ayam.

Now dalam proses modify inkubator. Nak buat 3 tray yg total kapasiti +-200 biji telur. Frame dah lama siap. Asyik delay je sbb layan tempahan customer yg nak inkubator +-70 biji. Ni sepesen tukang rumah dulu-dulu, rumah org buat cantik-cantik tapi rumah sendiri lambat siap.

1 comment:

  1. Salam bang, apek bukit gambir tu kat mana? dan kedai kat Muar pulak belah mana bang? pakci saya baru mula ternak ayam kat sengkang jadi sedang meninjau sumber2 yg perlu ni? TQ.

    ReplyDelete