Post ni lari dari tajuk penternakan. Tapi harus diberi perhatian. Idea ni dapat dari kawan semasa minum petang bersama rakan setugas. Ia bermula dari hal direct selling. Ada yg datang rumah hampir nak Maghrib atau lewat malam. Ini seolah memberi tekanan kepada tuan rumah supaya "cepat" membeli. Ada yg melawat kawan sakit hanya bertujuan nak market product. Macam-macam taktik yg lain.
Yg best ada yg sebut mereka yg buat ni serupa macam orang yg kerjanya sebagai penggali kubur. Tugas mereka mulia sbb pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah(ada gaya Ustaz), tetapi kalau sentiasa mendoakan ada orang mati dalam kampungnya- dah lain cerita.
Rakan penternak dan peniaga, dalam menjalankan aktiviti harian jangan ada unsur yg boleh disamakan dengan penggali kubur yg niat tak baik.
ada jugak orang camtu ekk..t saya ada citer nak kongsi..petang nie saya amik gambar..tapi takleh ulas lanjut..takut ada yang serang saya lagi..
ReplyDelete