xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Monday, May 31, 2010

PENYAKIT AYAM

Petang tadi Mr Tan dtg rumah servis alat penapis air(bukan yg direct selling-mahal) yg dah guna hampir 10 tahun. Dia buat yearly servis. Dia tanya "Ayam ada kena sakit ka?" Ini soalan common sekarang.

Buat masa ni adalah lebih baik tidak mengimport ayam dari luar. Mengikut pengalaman telur pun jangan import utk dieramkan. Pada tahun 2000, ayam member yg tengah mengeram tiba-tiba gol. Kerana sayangkan telur-telur, bawa balik eramkan kat ibu ayam(masa tu tak kenal pun inkubator). Lepas tu mulalah sekor demi sekor ayam gol.

Penyakit sampar ni serupalah macam org kena selsema. Semua penyakit ada ubatnya, pada masa ni belum jumpa lagi ubatnya Dlm bahasa Mat Salleh "No cure for common cold". Ia hanya boleh sembuh utk satu ketika, lepas tu kena balik. Tak percaya tanya lah Pegawai Vet. ttg sampar ni.

Thursday, May 27, 2010

SYUKUR , ALHAMDULLILAH

3 hari lepas 2 ekor ayam induk betina kritikal- tak boleh jalan dan berak kapur. Ayam dikurung tanpa makanan dan minuman. Tujuan "puasakan" ayam kerana nak "bersihkan" dalamannya.

Tengah hari tadi ayam dah mula berdiri tapi tak berapa kuat. Beri minum air yang dicampurkan dengan daun hempedu ular yg Nabil Sufian(http://bantak.blogspot.com) telan hingga coca-cola pun rasa pahit

InsyaAllah petang tadi ayam nampak ada harapan hidup. Esok nak beri makan dedak anak ayam (Goldcoin 201C).

Ini adalah rutin/usaha yg dibuat untuk rawatan ayam yg berak kapur, lemah x boleh jalan dll. Usaha ni didahulukan dengan doa. InsyaAllah

BERDOA DAN MOHON DARI ALLAH.

Sunday, May 23, 2010

NIAT, DOA & ADAB

Post ni lari dari tajuk penternakan. Tapi harus diberi perhatian. Idea ni dapat dari kawan semasa minum petang bersama rakan setugas. Ia bermula dari hal direct selling. Ada yg datang rumah hampir nak Maghrib atau lewat malam. Ini seolah memberi tekanan kepada tuan rumah supaya "cepat" membeli. Ada yg melawat kawan sakit hanya bertujuan nak market product. Macam-macam taktik yg lain.

Yg best ada yg sebut mereka yg buat ni serupa macam orang yg kerjanya sebagai penggali kubur. Tugas mereka mulia sbb pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah(ada gaya Ustaz), tetapi kalau sentiasa mendoakan ada orang mati dalam kampungnya- dah lain cerita.

Rakan penternak dan peniaga, dalam menjalankan aktiviti harian jangan ada unsur yg boleh disamakan dengan penggali kubur yg niat tak baik.

Friday, May 21, 2010

2 IN 1

Esok (22/5) nak hantar inkubator ke En Zahrin di Kg Talang, Tg Ipoh, N.S. Lepas tu nak kemas rumah pusaka di Tg Ipoh.

Jualan inkubator area Tg Ipoh je mencecah 8 buah. Jualan pertama bermula masa Cuti Tahun Baru Cina kepada En Zul(Tg Ipoh). En Zul ni buat promo-TQ TQ TQ ............... semoga Allah memberkati segala urusannya.

Main factor good sale ialah harga dan workmanship ( feedback dari customer) kerana inkubator semua sama je( telur akan menetas pada kadar peratus yg memberangsangkan). So kepada member yg nak menceburi bidang ni- buat inkubator yg menarik dan berkesan. Harga pula berpatutan.

Friday, May 14, 2010

LALAT OH LALAT

Masalah lalat timbul kerana reban anak ayam yg berada 5 meter je dari rumah. Sebelum ni reban ni tak digunakan selepas era ayam serama yg pernah saya pelihara. Anak ayam sebelum ni diletakkan direban khas(reban kecil) jauh dari rumah. Sebab masalah pengurusan dan kesibukan membuat inkubator anak ayam diletakkan dalam reban tersebut- senang bila nak beri makan/minum dan nak jual kepada yg berminat.

Buat masa ni masalah lalat diatasi dengan membersihkan reban dan menabur garam di bawah reban. Garam ni sebenarnya efektif untuk semut. Kadang-kadang gunakan spray nyamuk je.


Anak ayam yg ada ialah stok untuk Hari Raya Puasa.Jualan anak ayam, ditangguhkan untuk sementara waktu.