xxx

AYAM KAMPUNG
Mula diternak pada 1997. Pada masa ini terdapat 3 reban dua tingkat untuk ayam dewasa, 1 reban besar untuk anak ayam sederhana, 2 reban kecil untuk anak ayam.
LEMBU
Mula diternak pada 2003. Terdapat kandang yang berukuran 12'x32'.
INKUBATOR / ALAT PENETASAN
Mula digunakan pada 2003. Aktiviti membuat dan menjual inkubator dilakukan secara kecil-kecil.

################################################################################################

Monday, May 14, 2012

TAHNIAH

Ni cerita bab HOKI.  Pasukan Remaja Malaysia johan setelah tewaskan Pakistan. TAHNIAH

Saya dan isteri (tak minat hoki) berada di stadium perlawanan Msia dengan Iran dan Korea je. Game lain tonton di rumah. Anak (Ting 2 Mozac) berada di stadium untuk semua perlawanan Msia sbb jadi kumpulan sorak untuk pasukan Msia. Yang best kejohanan ni sekolah-sekolah tertentu akan menjadi kumpulan sorak untuk semua negara yg mengambil bahagian.

Game hoki sekarang jauh berbeza dengan zaman saya main (1971-1977 sekolah menengah). Bila tonton game ni terkenang zaman sekolah dulu, usung kayu bengkok setiap hari sebab minat. Nak main untuk sekolah tak pandai ( kalau ada pasukan ke 4 Malacca High School , baru jadi first 11 ). Di Maktab Perguruan main first 11.

Yg paling sedih padang rumput hoki Malacca Club( salah satu padang rumput yg terbaik Msia) tempat kami bermain telah di ubah menjadi Memorial Kemerdekaan. Padang ni banyak melahirkan ramai pemain Melaka dan Negara seperti Mirnawan Nawawi - Pengurus Pasukan Remaja Msia.  Kampung Banda Kaba dan kawasan berhampiran semua generasi tau tentang hoki.   Satu kampung tau undang-undang  hoki.

Sedih, sedih sedih ........  Dua "public field", Padang Hoki , Malacca Club,  Padang Bola, Padang Pahlawan(Banda Hilir) dalam lipatan sejarah. Generasi sekarang tau MP (Mahkota Parade Melaka).

No comments:

Post a Comment